Malaysia Autoshow 2023 - Kawasaki Z H2 SE rasmi di Malaysia, RM97,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara pembukaan Malaysia Autoshow 2023, Kawasaki Malaysia telah melancarkan sebuah motosikal naked berkuasa tingginya, iaitu Kawasaki Z H2 SE.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal naked berkuasa tinggi itu telah diperkenalkan buat kali pertama secara global pada tahun 2020, kini ia tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan dengan beberapa naik taraf termasuk pada bahagian suspensi dan brek.

 

2

 

Z H2 SE dikuasakan oleh enjin 998 cc 4 silinder sebaris supercharged bersama transmisi enam kelajuan yang mampu menghasilkan 200 PS dan 137 Nm.

Z H2 SE juga dilengkapi dengan bantuan elektronik seperti IMU, Kawasaki Quick Shifter (KQS), Kawasaki Electronic control suspension (KECS), KECS (Kawasaki Electronic Control Suspension) dan Kawasaki Launch Control Mode (KLCM).

 

3

 

Ia turut didatangkan dengan paparan meter TFT berwarna yang memaparkan segala maklumat penting, bersama fungsi sambungan Bluetooth pada telefon pintar.

Pada bahagian suspensi, ia dilengkapi dengan unit elektronik semi aktif Showa Skyhook bersama fork 43 mm SFF-CA di depan, dan monoshock Uni Trak BFRC di belakang.

 

4

 

Pada bahagian brek, ia menggunakan angkup Brembo Stylema Monobloc dan master cylinder Brembo di atas bersama cakera berkembar 320 mm di depan.

Manakala bahagian belakang menggunakan cakera 260 mm bersama angkup satu piston.

 

6

 

Untuk pasaran Malaysia, Z H2 SE akan ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Metallic Matte Graphene Steel Gray dan Metallic Matte Graphene Steel Ebony.

Harga jualan bermula dari RM97,800 tidak termasuk insuran dan cukai jalan, dan akan tersedia di semua pengedar Kawasaki 4S pada akhir Jun 2023.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…