Malaysia Autoshow 2023 - Kawasaki KX250 dan KX250X rasmi di Malaysia, harga dari RM35k

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Hall C MAEPS pada pameran Malaysia Autoshow 2023, Kawasaki Malaysia turut melancarkan model motosikal off-road mereka iaitu Kawasaki KX250 dan KX250X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang khusus untuk kegunaan off-road itu dikuasakan oleh enjin satu silinder DOHC 249 cc, dipadankan dengan transmisi lima kelajuan, yang dijangka mampu menghasilkan 40 HP.

 

2

 

Disebabkan ianya tidak direka untuk kegunaan atas jalan biasa, kelengkapan pada model tersebut tidak begitu sarat dengan teknologi dan bantuan elektronik.

Namun, ia tetap didatangkan standard dengan pemula enjin elektrik, sistem launch control, serta hendal Renthal Fatbar boleh laras.

 

3

 

Apa yang membezakan antara KX250 dan KX250X ialah dari segi saiz rim dan tayar, dimana KX250 dilengkapi rim 21 inci dibaluti tayar 80/100 di depan, dan rim 19 inci dibaluti tayar 110/90 di belakang.

Manakala model KX250X pula dilengkapi rim 21 inci dibaluti tayar 80/100 di depan, dan rim 18 inci dibaluti tayar 110/100 di belakang.

 

4

 

Dari segi brek dan tetapan suspensi, keduanya adalah sama, dimana ia dilengkapi cakera tunggal 270 mm bersama angkup dua piston di depan, dan cakera 240 mm dengan angkup satu piston di belakang.

Manakala tetapan suspensi pula menggunakan fork USD 48 mm dengan pelarasan 23 tahap serapan dan 20 tahap lantunan di depan, serta monoshock dengan pelarasan 21 tahap mampatan, 38 tahap serapan dan pra beban di belakang.

 

5

 

Kedua-dua model itu hanya tersedia dalam satu warna iaitu Lime Green, dimana harga ditawarkan bermula dari RM35,000 untuk KX250 dan RM35,500 untuk KX250X tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…