Malaysia Autoshow 2023 - BMW iX1 rasmi untuk pasaran Malaysia, 313 HP, 494 Nm, dari RM285,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Malaysia Autoshow 2023, BMW Group Malaysia telah melancarkan satu lagi model dalam barisan SAV EV mereka, iaitu BMW iX1 selepas diperkenalkan secara global pada Jun tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

iX1 menampilkan sistem eDrive BMW yang dilengkapi dengan dua motor elektrik pada roda hadapan dan belakang, menjadikannya pacuan semua roda.

 

2

 

Ia dipadankan dengan bateri litium ion berkapasiti 64.7 kWj yang mampu menghasilkan 313 HP dan 494 Nm, membolehkan pecutan dari 0-100 kmj dalam masa 5.7 saat, dan kelajuan tertinggi sehingga 180 kmj, serta jarak gerak 440 km.

Dari segi pengecasan, iX1 menyokong pengecasan pantas DC 130 kW, dimana ia mampu mengecas 10 - 80 peratus dalam masa 29 minit, manakala pengecasan AC Type 2 sehingga 11 kW mengecas penuh dalam masa 6.5 jam.

 

3

 

Untuk rekaan luarnya, ia berkongsi rupa yang hampir sama dengan versi enjin pembakaran dalamnnya iaitu X1, selain dilengkapi logo "i" pada jeriji serta gelung biru pada logo BMW.

iX1 turut didatangkan standard dengan pakej M Sport, dimana bumper depan kelihatan garang dan agresif bersama bukaan liang udara berbentuk buah pinggang yang besar, bersama bumper belakang dilengkapi difuser dan kemasan lain.

 

4

 

Untuk varian M high-gloss Shadowline, ia didatangkan eksklusif dengan designasi M di kedua-dua sisi, serta set roda aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan dwiruji 871M Bicolour.

Pada bahagian dalam, iX1 turut dilengkapi dengan BMW Curved Display merangkumi kluster instrumen 10.25 inci dan paparan kawalan 10.7 inci, yang menggunakan Sistem Operasi BMW 8 serta dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional secara standard.

 

5

 

Antara ciri standard lain ialah rim aloi 19-inci Style 871M, stereng balutan kulit, bumbung gelap M, lampu ambien, kerusi sport depan dengan fungsi memori, kawalan pendingin dua zon, head-up display, sistem bunyi Harman Kardon, Digital Key Plus, suspensi M dan Connected Package Professional.

iX1 juga dilengkapi Driving Assistant Plus merangkumi ciri Hill Start Assist, Speed Limiter, Attentiveness Assistant, Lane Departure Warning, Front Collision Warning dan Left Turn Warning, Speed Limit Info dan Evasion Assistant, serta Parking Assistant Plus dengan kamera 360 darjah.

 

6

 

Ditawarkan pada harga RM285,800 atas jalan tidak termasuk insuran, BMW menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW berserta Program Servis Berjadual Percuma
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…