Malaysia Autoshow 2023 - BMW i4 M50 didedahkan, 544 HP, 795 Nm, RM430,210

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Malaysia Autoshow 2023, BMW Group Malaysia telah mendedahkan wakil sulung bagi model EV prestasi M mereka, iaitu BMW i4 M50.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sempena dengan ulang tahun ke-50 divisyen sukan permotoran ikonik BMW tahun lalu, ketibaan jentera EV BMW M itu bakal memahat tanda aras yang baharu bagi prestasi pemanduan elektrik yang sebenar di Malaysia.

 

2

 

i4 M50 merupakan model EV sulung yang menggunakan lencana M dan kini ianya bakal membentuk asas bagi alaf pemanduan yang mengujakan di Malaysia.

i4 M50 akan didatangkan standard dengan logo 50 Tahun BMW M, bersama pakej Aerodynamics dan spoiler belakang M untuk memberikannya rupa yang sporty.

 

3

 

Melengkapkan rupa sporty nya, i4 M50 dilengkapi dengan rim bersaiz 20 inci BMW Individual Style 862.

Untuk varian Shadowline, bahagian luaran dilengkapi jeriji dengan kemasan hitam kilat, liang udara depan serta jalur kelabu gelap untuk difuser belakang.

 

4

 

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi dengan trim interior M berserta kemasan trim Carbon Fibre, Material Bumbung Antrasit M, di samping kerusi M Sport di hadapan, tali pinggang keledar M, panel instrumen dalam Sensatec, serta bumbung kaca elektrik.

Bagi menggantikan ketiadaan deruman enjin, i4 M50 didatangkan dengan BMW IconicSounds Electric untuk memberikan pengalaman pendengaran serba emotif dengan menjana bunyi enjin “M” yang sporty.

 

5

 

Dari segi kuasa, i4 M50 dijana oleh dua motor BMW M eDrive, menjadikannya pacuan semua roda yang menghasilkan kuasa sehingga 544 HP dan 795 Nm! Membolehkan jarak gerak sehingga 510 km.

Kuasa itu membolehkannya untuk memecut dari 0 - 100 kmj dalam masa 3.9 saat, dengan kelajuan tertinggi mencecah 225 kmj.

 

6

 

i4 M50 dapat dicas penuh dalam tempoh 8 jam 15 minit dengan pengecas AC 11 kW, atau dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 31 minit sahaja dengan pengecas DC 200 kW.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan ciri Acoustic Protection for Pedestrians, Active Protection for Pedestrians, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus serta Active Protection.

 

7

 

Untuk pasaran Malaysia, i4 M50 akan ditawarkan dengan 5 warna iaitu Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue, dan Sanremo Green.

Manakala pada bahagian dalam, ia ditawarkan dengan pilihan warna Leather Vernasca berwarna hitam dengan sulaman berkontras biru dan Leather Vernasca dalam warna ‘cognac’.

 

8

 

Harga jualan bagi BMW i4 M50 bermula dari RM430,210, atau RM445,800 dengan pilihan lanjutan jaminan 5 tahun bersama pakej servis .

BMW turut menawarkan jaminan 8 tahun atau 160,000 km (yang mana dahulu) untuk bateri.

Untuk saksikan lebih lagi barisan model dari BMW Group Malaysia dan BMW Motorrad Malaysia, sila kunjungi Hall A (premium) MAEPS di pameran Malaysia Autoshow 2023.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…