Malaysia Autoshow 2023 - BAuto akan pamerkan barisan model 3 jenama, Peugeot e-2008 antara tarikan utama

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermaz Auto Berhad, pengedar sulung bagi 3 jenama iaitu Mazda, Kia dan Peugeot di Malaysia akan mempamerkan barisan model dari 3 jenama itu di pameran edisi keenam Malaysia Autoshow 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pameran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu akan dianjurkan bermula minggu ini pada 4 hingga 7 Mei 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Tiga jenama di bawah BAuto, iaitu Mazda, Peugeot dan Kia akan berada di pameran, dimana mereka akan menampilkan SUV Kia baharu yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Kia Sorento.

 

2

 

Selain itu, bagi jenama Peugeot, pratonton khas untuk model elektrik (BEV) yang dinanti-nantikan daripada Peugeot, Peugeot e-2008 turut akan ditampilkan.

Selain pameran, BAuto turut mengadakan sesi pandu uji untuk beberapa model termasuk Mazda CX-30, Mazda CX-3, Kia Sorento dan Kia Carnival dengan varian konfigurasi 7 tempat duduk, serta Peugeot 2008 dan Peugeot 3008.

Peugeot e-2008 merupakan sebuah EV SUV bersaiz kecil yang dikuasakan motor elektrik tunggal bersama bateri litium ion berkapasiti 50 kWj yang menghasilkan 130 HP dan 260 Nm memberikan jarak gerak sehingga 320 km.

 

3

 

Peugeot e-2008 juga menyokong 100 kW mengecas dari mana-mana stesen Pengecas pantas DC, membolehkan ia mencapai 80% caj dalam 30 minit.

Malaysia Autoshow 2023 akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei, bermula pada 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Tiket akan dijual pada harga RM15 untuk warganegara dan RM25 untuk bukan warganegara bagi kemasukan selama sehari, dimana ia boleh dibeli di laman sesawang ticket2u.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…