Malaysia Autoshow 2020 bawakan tema "Next-Generation Mobility"

oleh Mohamad Hanif|
Acara pameran automotif tahunan terbesar di Malaysia, Malaysia Autoshow bakal kembali untuk tahun ini dengan menjanjikan pelbagai informasi dan aktiviti yang interaktif, serta memfokuskan kepada mobiliti masa hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun keenam, Malaysia Autoshow 2020 bakal membawakan tema "Next-Generation Mobility" dengan menyediakan pameran pelbagai teknologi yang berkaitan, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. 

Berlangsung bermula 9 April sehingga 12 April di Malaysia Agro Exposition Park Sedang (MAEPS), Malaysia Autoshow 2020 akan mempamerkan lebih daripada 100 buah kenderaan yang dijual tempatan namun fokus akan diberikan kepada teknologi, keselamatan dan keselesaan. 

Selain daripada pameran kenderaan, sesi pandu uji sepanjang 3 kilometer mengelilingi MAEPS juga turut disediakan, selain aktiviti-aktiviti lain seperti kempen keselamatan Car Care Week, pemeriksaan 21 mata percuma, dan barisan trak makananan untuk keperluan keluarga sepanjang acara berlangsung.

Tiket kemasukan akan mula dijual pada 15 Februari ini dengan tawaran pakej dan diskaun yang boleh didapati menerusi www.autoshow.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, walaupun dengan penangguhan tersebut, pihaknya akan…