Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM89 kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin

oleh SALINA JALIL|
Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang.


Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, 2021 dan ia sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober 2021.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan COVID-19.

 

"Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

 

"Kami percaya ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting," katanya.

Lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines sudah menerima suntikan vaksin setakat ini.

 

Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group, menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkap suntikan dua dos vaksin COVID-19 menjelang bulan Ogos tahun ini berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai 2021.

 

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah melengkapkan dua dos vaksin boleh merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan mereka mulai 10 Ogos 2021.

 

Kelonggaran ini juga diberikan kepada ibu dan bapa yang lengkap dua untuk melawat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web http://www.malaysiaairlines.com.

 

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Reuters bulan lalu melaporkan bahawa pesawat A330neo yang dinaik taraf telah dipilih sebagai…
Informasi
  Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu…
Informasi
  Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…