Malaysia Airlines sah henti tugas enam pesawat Airbus A380

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia Airlines (MAS) merupakan syarikat penerbangan terbaharu yang mengambil langkah untuk menghentikan tugas keenam-enam pesawat adijumbo Airbus A380 dalam masa terdekat.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut laporan daripada Executive Traveller, CEO MAS Izham Ismail berkata, "pada ketika ini, pihak pengurusan melihat A380 tidak lagi sesuai untuk perancangan masa hadapan."

Perancangan terbaharu ini bakal menyaksikan ahli Oneworld itu memulakan kembali penghantaran berjadual bagi pesawat Boeing 737 MAX yang dijadualkan bermula 2024, walaupun Ismail menambah, "Kami sedang meneroka kemungkinan untuk mengambil pesawat itu lebih awal."

Menjelang 2025, Malaysia Airlines merancang untuk melengkapkan sehingga 83 buah pesawat selari dengan pelan untuk memulihkan kembali perniagaan yang terjejas.

Sebelum ini, Airbus dilaporkan akan menghentikan produksi pesawat adijumbo itu pada tahun ini, disebabkan mereka gagal untuk mendapatkan tempahan baharu bagi pesawat penumpang itu.

Emirates yang merupakan pelanggan utama bagi pesawat Airbus ini juga telah pun mengurangkan jumlah tempahan daripada 162 unit asal bagi memberikan laluan kepada pesawat yang lebih efisien seperti Airbus A330-900 dan Airbus A350-900.

MAS juga sebelum ini turut mempertimbangkan langkah seperti menjual pesawat dua tingkat itu, atau menjadikannya sebagai penerbangan khas yang berasingan bagi mengangkut jemaah haji dan umrah dari Asia Tenggara ke Arab Saudi.

Sumber: Executive Traveller

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, makanan yang dibawa itu perlu dipanaskan sendiri, manakala makanan yang…
Berita Global
Data penerbangan menunjukkan MH122 dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur, dan berlepas dari…
Informasi
"Bagi mereka yang ingin meneroka destinasi antarabangsa, nikmati tambang termasuk semua sehala…