Malaysia Airlines kurangkan kapasiti operasi 85 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia Airlines Bhd akan beroperasi dengan pengurangan kapasiti sebanyak 85 peratus ketika perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, syarikat penerbangan tersebut akan terus membantu penerbangan domestik, antarabangsa serta pergerakan kargo.

Menurut ketua pegawai eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG) selaku syarikat induk MAB, Kapten Izham Ismail berkata, peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini mendorong kumpulan itu untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan penumpang, serta pekerjanya.

Sejak April tahun lalu, Malaysia Airlines telah berjaya menggerakkan lebih 350 operasi menyelamat dan penghantaran semula menggunakan pesawat A380, A350, A330 dan B737.

Sementara MABkargo pula telah mengoperasikan lebih daripada 1,600 penerbangan P2C (passenger-to-cargo) sejak Mac 2020 membawa lebih 30,000 tan barang bantuan bagi memastikan rantai bekalan global sentiasa terjaga.

Disebabkan sekatan pergerakan, Malaysia Airlines telah memanjangkan tempoh sah tiket sehingga 31 Disember 2022, di mana pelanggan yang sah boleh menempah kembali tarikh perjalanan mereka pada atau sebelum 30 Jun 2022 untuk perjalanan sebelum 31 Disember 2022.

Sumber: The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…