Malaysia Airlines bakal beli 20 pesawat A330neo

oleh SALINA JALIL|
Malaysia Airlines dijangka mengumumkan satu urus niaga untuk membeli 20 pesawat badan lebar Airbus A330neo pada Isnin depan, kata beberapa sumber industri.


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail pada Jun lalu berkata syarikat penerbangan itu hampir mencapai keputusan untuk menggantikan angkatan pesawat model terdahulu A330.

 

Reuters bulan lalu melaporkan bahawa pesawat A330neo yang dinaik taraf telah dipilih sebagai model keutamaan.

 

Urus niaga untuk menggantikan 15 pesawat A330-300 dan enam pesawat A330-200 berkemungkinan membabitkan pajakan kira-kira separuh daripada pesawat A330neo yang dinaik taraf dan bakinya dibeli terus daripada Airbus, kata dua daripada sumber berkenaan, yang tidak dibenarkan untuk bercakap secara umum.

 

Malaysia Airlines dan Airbus enggan memberikan kenyataan.

 

Syarikat penerbangan nasional itu memiliki Airbus A330 dan A350 dalam angkatan pesawat jarak jauh dan membuat tempahan sementara bagi pesawat pesaing, Boeing 787, namun membiarkan urus niaga itu terbatal.

 

Naik taraf angkatan pesawat itu dibuat di tengah-tengah isyarat permintaan bagi pesawat badan lebar meningkat selepas penurunan berpanjangan dalam sektor penerbangan

 

 

 

 

. - Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berikutan itu, Izham menegaskan pihaknya telah meningkatkan kapasiti jualan tiket penerbangan…
Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata siri penerbangan…
Informasi
  Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu…