Malaysia ada perancangan untuk bina EV?

oleh HEZERI SAMSURI|
Sumber-sumber rapat dengan industri berkata Malaysia bakal bangkit dengan perancangan untuk kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat ini.

Ini tepat pada masanya kerana negara-negara jiran semakin rancak mengumumkan pelan pembangunan EV untuk negara masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Umum mengetahui Thailand sudah mengumumkan perancangan untuk memberikan insentif cukai bagi kenderaan EV dan hibrid. Berapa peratus potongan cukai yang akan diberikan belum diumumkan lagi.

Singapura pula berbangga dengan kilang EV milik Hyundai yang sedang dalam pembinaan. Untuk negara sekecil hama itu mempunyai kilang EV sendiri hanya membuktikan kepulauan Temasik tersebut memang serius dalam perancangan masa hadapan EV.

Indonesia pula menggabungkan pelbagai agensi kerajaan dan menggunakan hasil bumi mereka untuk membina kilang bateri untuk EV.

 

 

Sumber Careta berkata perancangan Malaysia untuk relevan di dalam perlumbaan EV ini ialah dengan membina kilang-kilang pemasangan untuk kenderaan elektrik.

Projek besar ini akan membabitkan jenama Eropah dan juga tempatan, dan akan melibatkan kenderaan 4-roda dan juga 2-roda.

Selain dari itu, pembinaan kenderaan komersil dengan teknologi EV juga bakal diperkenalkan, menggunakan jenama dan teknologi tempatan.

Jika ini benar, Malaysia masih lagi menjadi negara pemasang untuk berlawan dengan negara-negara jiran. Ini boleh dilakukan sekiranya kos pemasangan kenderaan di Malaysia masih lagi berdaya saing.

Ia juga boleh dilakukan selagi negara-negara jiran tidak menaikkan cukai atau menyusahkan proses kenderaan CKD dari Malaysia untuk masuk ke negara mereka.

Malaysia memang sudah diketahui sebagai negara yang paling mudah untuk menerima jenama-jenama asing baharu. Malah kepimpinan syarikat kenderaan nasional sendiri juga diberikan kepada kuasa asing tanpa sebarang perasaan bersalah langsung.

Apapun, diharapkan perancangan ini berhasil dan seterusnya menjana modal insan agar Malaysia menjadi sebuah negara yang mampu menghasilkan teknologi sendiri dan mengeksport teknologi-teknologi tersebut ke pasaran global.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…