Maksud disebalik huruf pada nama model kereta Lexus

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Nama model bagi setiap kereta merupakan satu perkara penting kepada semua jenama pengeluar bagi menampilkan dan mencerminkan imej syarikat pada kereta yang dihasilkan
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun sesetengah pembuat kereta menggunakan perkataan atau frasa tertentu sebagai nama model mereka, namun Lexus lebih gemar menggunakan huruf untuk mewakili maksud dan rasional di sebalik setiap kereta mereka.

Baru-baru ini, Lexus UK telah menerangkan mengenai maksud disebalik huruf yang digunakan pada model kereta mereka. Berikut merupakan senarai model dan maksud di setiap hurufnya:

 

Lexus CT

CT

 

CT bermaksud Creative Touring, menurut Lexus perkataan Creative digunakan kerana model tersebut menggunakan tren kuasa hibrid berbanding pesaing lainya yang dikuasakan oleh enjin diesel.

Manakala perkataan Touring digunakan untuk membuktikan bahawa kereta hibrid boleh dihasilkan tanpa mengorbankan ruang bagasi dan penumpang.

 

Lexus ES

ES

 

Model ES telah dilancarkan serentak dengan model LS, ES bermaksud Executive Sedan dimana ianya digunakan untuk model sedan perdana mereka yang lebih kecil.

 

Lexus GS

GS

 

GS bermaksud Grand Sedan dimana nama tersebut digunakan untuk mewakilinya ditengah-tengah sebagai sedan bersaiz serdahana dalam barisan model sedan Lexus.

 

Lexus GX

GX

 

GX bermaksud Grand Crossover, dan sama seperti GS, nama GX digunakan untuk meletakkan model tersebut ditengah-tengah dalam barisan SUV Lexus.

 

Lexus IS

IS

 

Walaupun bentuknya seperti Sedan, namun model tersebut mewakili Lexus untuk memberikan kualiti tradisional syarikat tersebut dalam pakej yang lebih kecil dan dinamik secara mekanikal untuk menarik pelanggan yang lebih muda.

Maksud disebalik IS ialah Intelligent Sports.

 

Lexus LC/ LC C

LC

 

Nama LC yang digunakan Lexus bukan lah bermaksud Liquid Coolant seperti yang digunakan Yamaha, sebaliknya ia bermaksud Luxury Coupe tambahan C pula untuk model dengan bumbung Convertible.

Model LC dihasilkan sebagai gabungan kemewahan yang ada pada sedan LS mereka dalam bentuk coupe dan merupakan model coupe perdana syarikat tersebut.

 

Lexus LFA

LFA

 

LFA merupakan salah satu kereta sport dengan ngauman enjin V10 yang paling syahdu pernah dihasilkan, semasa model konsep nya dihasilkan, LFA bermaksud Lexus Future Advance.

Ia kemudiannya ditukar kepada Lexus F-Sports Apex setelah dihasilkan sebagai model produksi, yang mewakili LFA sebagai penanda aras bagi model prestasi F Lexus.

 

Lexus LS

LS

 

Model LS merupakan permulaan bagi Lexus sebagai jenama yang menghasilkan kereta mewah pada tahun 1989, LS pada nama model tersebut bermaksud Luxury Sedan.

 

Lexus LX

LX

 

LX bermaksud Luxury Crossover , walaupun ia sebenarnya bukan sebuah crossover dan merupakan SUV bersaiz penuh yang diasaskan dari Toyota Land Cruiser.

 

Lexus LY

LY

 

Kalau dah namanya pengeluar kenderaan mewah, Lexus juga turut menghasilkan kapal layar mewah, dimana LY itu bermaksud Luxury Yacht.

 

Lexus NX

NX

 

NX pada model tersebut bermaksud Nimble Crossover, dimana ianya mewakili model tersebut sebagai crossover yang lebih kecil dengan kendalian lincah sesuai untuk kegunaan di dalam dan luar bandar.

 

Lexus RC/RC F

RC

 

RC bermaksud Radical Coupe dimana ianya direka untuk mencabar persepsi terhadap rupa yang sepatutnya ada pada sebuah kereta dengan tren kuasa hibrid.

Huruf F mewakili model prestasi Lexus dan ianya digunakan sebagai rujukan kepada Litar Fuji Speedway di Jepun dimana model tersebut diuji.

 

Lexus RX/RX L

RX

 

RX bermaksud Radiant Crossover, ianya mewakili visi masa depan Lexus untuk permulaan alaf baharu semasa dilancarkan.

Huruf L digunakan untuk mewakili model tersebut sebagai crossover dengan 7 tempat duduk yang lebih besar.

 

Lexus SC

SC

 

Lexus SC telah dihasilkan bermula tahun 1992 hingga 2010, SC bermaksud Sports Coupe dan ianya mewakili Lexus sebagai coupe bersaiz sederhana dalam pasaran.

 

Lexus UX

UX

 

UX bermaksud Urban Crossover dan ianya merupakan crossover Lexus dengan saiz paling kecil. Menurut Lexus, model tersebut dihasilkan bertujuan untuk mewujudkan gaya berjiwa bebas yang sesuai untuk pemanduan di bandar moden.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…