Maklumat penting bagi yang masuk ke Thailand guna kenderaan sendiri

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, kami menerima info dari rakan kami yang telah menghadiri taklimat yang diadakan oleh Tourism Authority of Thailand (TAT) di Cititel Mid Valley.

 

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah TAT, Khun Aman, Ketua Polis Lt Col Khun, Amornpong Sommanawan dan Ketua Thailand Biker Club, Khun Micky. Turut hadir dalam majlis yang sama, Duta Thailand di Kuala Lumpur.

 

Bagi sesiapa yang sering atau ingin ke Thailand dan membawa masuk kenderaan sendiri, anda wajib tahu beberapa maklumat penting dan prosedur supaya memudahkan kita sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini di negara asing.

 

1. Insurans

 

Inurans thailand

 

Untuk masuk ke negara Thailand, selalunya kita akan membeli insurans pihak ketiga (third party insurance) untuk tempoh sembilan hari, dua minggu ataupun sebulan.

 

Walaubagaimanapun, apa yang perlu anda tahu adalah, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, insurans ini tidak akan memberi pampasan sepenuhnya dan mempunyai had perlindungan.

 

Nilai perlindungan yang diberi adalah hanya THB 80,000 (RM10,324). Jika insiden atau apa-apa kejadian berlaku, kita harus menyelesaikan atau membayar jumlah yang selebihnya atau ditahan sehingga kes tersebut selesai.

 

Satu lagi masalah yang sering terjadi, iaitu isu bahasa. Oleh itu, apa yang sepatutnya kita lakukan adalah membeli insurans komprehensif (first party insurance).

 

Dengan insurans komprehensif, nilai perlindungan adalah THB 600,000 (RM77,406) sehingga THB 1,000,000 (RM129,000) atau lebih bergantung kepada keperluan.

 

Bagi motosikal 500cc dan ke atas, jumlah insurans ini adalah sekitar THB 1,700 (RM219) bagi tempoh setahun. Dengan adanya insurans ini, kita dilindungi oleh syarikat insurans dan mereka akan membayar pampasan sebanyak THB 150,000 (RM19,351) secara serta merta jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

 

Jadi, adalah penting bagi kita untuk membeli insurans komprehensif sebagai perlindungan dan  ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku apa-apa kejadian kemalangan di Thailand.

 

 

2. Elak kenderaan dari dicuri

 

Truck

 

Untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kenderaan dicuri atau di dirampas di negara Thailand, pihak berkuasa Thailand kini tidak membenarkan lebih dari satu kenderaan di atas satu nama memasuki Thailand. Ini bermakna, jika anda membawa satu jentera pikap untuk menunda motosikal yang kedua-dua nya milik anda dan didaftarkan di atas nama anda, maka salah satu dari kenderaan tidak akan dibenarkan memasuki Thailand.

 

Sebenarnya undang-undang ini telah lama diwujudkan namun pihak berkuasa masih membenarkan kita membawa dua kenderaan di atas budi bicara.

 

Walaubagaimanapun, arahan kini telah diberi dimana pihak berkuasa tidak lagi boleh membenarkan dua kenderaan dengan satu nama untuk masuk ke Thailand.

 

Jadi sekiranya anda ingin membawa satu jentera untuk menunda motosikal, pastikan ianya didaftarkan untuk memasuki negara Thailand dengan nama orang lain. 

Contohnya, sekiranya trak pikap dan motosikal yang ditunda mempunyai geran di bawah nama anda, pastikan salah satu menggunakan nama orang lain bila hendak dibawa masuk ke Thailand. Ini boleh digunakan dengan mengeluarkan surat kebenaran atau "authorisation letter" di mana kenderaan anda yang satu lagi itu dibawa masuk oleh rakan anda.

 

 

3. Arahan dan papan tanda

 

papan tanda

 

TAT akan meletakkan lebih banyak papan tanda dan mempermudahkan kemasukan kenderaan dan penumpang supaya arahan menjadi lebih jelas kepada semua.

 

 

4. Kemasukkan warga Singapura ke Thailand

 

border

 

Bagi warga Singapura yang memasuki Thailand melalui darat, mereka hanya dibenarkan untuk masuk ke Thailand hanya dua kali dalam tempoh setahun tanpa visa. Jika lebih daripada dua kali dalam tempoh tersebut, mereka harus membuat permohonan visa.

 

Perkara ini telah dipersetujui oleh kedua-dua negara. Peraturan ini turut dikenakan kepada orang asing yang menetap di Malaysia dan Singapura. Buat masa ini, rakyat Malaysia dikecualikan daripada peraturan ini.

 

 

5. Sebab penguatkuasaan dan undang-undang diperketatkan

 

accident

 

Buat pengetahun, sebab mengapa penguatkuasaan baru bagi orang asing yang masuk ke Thailand menggunakan kenderaan sendiri (luar ASEAN) telah dikenakan visa, permit perjalanan dan lain-lain adalah faktor kemalangan yang kerap terjadi.

 

Oleh itu, peraturan ini akan dikekalkan sehingga notis yang selanjutnya. Selepas menjalankan pelbagai peraturan, pihak berkuasa mendapati jumlah kejadian kemalangan yang berpunca dari kenderaan asing turun mendadak.

 

 

6. Lesen memandu Malaysia sah di Thailand

 

lesen

Menurut MOU dan perbincangan dua hala di kalangan negara-negara ASEAN, lesen memandu Malaysia adalah sah di negara Thailand. Ini telah disahkan oleh Polis Lt Col.

 

 

7. Maklumat wajib tahu

 

cb radio

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, ambil sebanyak mungkin gambar kejadian, tempat, kenderaan, jalan dan sebagainya. Jangan sesekali anda melarikan diri, dan mesti membuat laporan polis.

 

Selain itu, rokok elektrik atau vape dan “cb radio” adalah diharamkan sama sekali untuk dibawa masuk ke Thailand. Jika ditangkap, anda akan dipenjara atau membayar denda.

 

  • Talian kecemasan polis Thailand: Dail 191

 

  • Hotline Insurans: Dail 1186 (Ini untuk unsurans “first party” dan mereka akan menyambungkan anda kepada seseorang untuk membantu).

 

Jadi, sekiranya anda merancang untuk masuk ke negara Thailand dengan membawa kenderaan sendiri selepas ini, pastikan anda membeli insurans dan patuhi undang-undang.

 

Kredit buat Mohd Assir, 4x4 World Explorer.

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…