Maklum balas mengenai insiden kemalangan dan dakwaan simbahan minyak di KM75.5

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak ANIH Berhad kini telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan yang didakwa terdapat kesan minyak yang telah disimbah oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan mengakibatkan kemalangan.

 

Berikutan dengan laporan oleh pengguna di media sosial yang mendakwa terdapat kesan minyak yang disimbah oleh individu tidak betanggungjawab di lokasi KM75.7 hala Timur pada 3 Julai 2017, ANIH Berhad telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bentong, Pahang.

 

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan yang mengaitkan kawasan berkenaan telah disimbah minyak oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

 

Berdasarkan siasatan IPD Bentong, didapati kesan tumpahan minyak itu berpunca daripada kesan kemalangan yang berlaku di lokasi yang sama sebelumnya. Kini, pihak ANIH Berhad telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

 

Selain itu, Syarikat ingin menarik perhatian bahawa insiden tular mengenai dakwaan berlakunya simbahan minyak turut pernah ditularkan pengguna sebelum ini hinggakan Syarikat mengambil inisiatif menjemput Aduan Rakyat (TV3) untuk membuat liputan dan membetulkan semula persepsi pengguna terhadap kejadian.

 

Syarikat akan terus mengingatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, khususnya dengan memandu mengikut had laju yang ditetapkan.

 

ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa Syarikat sentiasa melihat kepada pelbagai cara untuk menambah baik dan meningkatkan lagi aspek keselamatan di lebuh raya kendalian Syarikat, khususnya di beberapa kawasan panas yang sentiasa berlaku kemalangan, dan ini termasuklah di kawasan jajaran di KM75.5.

 

Antara langkah-langkah penambahbaikkan aspek keselamatan yang telah dibuat Syarikat di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan termasuklah melaksanakan inisiatif seperti di bawah:

 

  1. Had Laju 70km/jam

 

  1. Tanda amaran selekoh tajam di hadapan.

 

  1. Memasang “micro surfacing” (Ralumac).

 

  1. Memasang jalur beralun atau “rumble strips” di selekoh tajam dan kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

 

  1. Komunikasi berterusan dengan pihak polis untuk memantau sekiranya wujud sebarang aktiviti khianat.

 

  1. Sentiasa memastikan pemantauan dan pemerhatian khas dibuat oleh peronda lebuh raya di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan.

 

Selain daripada inisiatif di atas, Syarikat juga akan menambahkan lagi bilangan papan tanda amaran di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan, khususnya di KM75.7.

 

Syarikat juga turut memohon pengguna untuk menghubungi terus talian hotline ANIH Berhad di 09-547 9111 sekiranya berdepan atau mendapat maklumat yang berkaitan sebarang aktiviti khianat yang berlaku di dalam jajaran Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…