Majoriti pengguna e-dagang mahu tahu syarikat kurier mana hantar barangan mereka - kajian

oleh Mohamad Hanif|
Dalam kajian terbaharu yang dijalankan oleh Ninja Van Group dan DPDgroup, seramai 89 peratus daripada pengguna ingin mengetahui syarikat penghantaran mana yang mengendalikan bungkusan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, pengguna dalam talian juga mahukan jaminan perkhidmatan diberikan kepada mereka.

Dalam satu kenyataan bersama, Ninja Van dan DPDgroup berkata, "Pengalaman beli-belah dalam talian hanya berakhir apabila pembeli memiliki pembelian yang diingini. Penghantaran, sebagai peringkat akhir beli-belah dalam talian, amat menyumbang bagi pengalaman keseluruhan."

Kajian tersebut dijalankan pada Julai 2021 melibatkan lebih 9,000 orang peserta meliputi enam buah negara iaitu Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Vietnam.

Ia bertujuan untuk mempelajari tabiat pembelian oleh kebanyakan pembeli dalam talian di Asia Tenggara, selain pengalaman membeli-belah yang diinginkan bermula dari peringkat pembelian hingga penghantaran.

Dalam satu kajian berasingan oleh Facebook dan Bain & Co, bilangan pembeli-belah dalam talian di Asia Tenggara melonjak kira-kira 70 juta sejak pandemik COVID-19 melanda dua tahun lalu, dan angka tersebut dijangka meningkat kepada sekitar 380 juta menjelang 2026.

Malah, sejak 12 bulan lepas Ninja Van Group telah menghantar kira-kira dua juta bungkusan setiap hari.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Pusat pemeriksaan ini bertujuan untuk menawarkan  pengalaman menjual kereta yang berbeza dan…
Berita Domestik
“Socar memperkenalkan tawaran istimewa untuk Perodua Axia, Perodua Bezza, Perodua Myvi, Proton Iriz…
Berita Domestik
  MedKlinn Malaysia ialah pembuat produk pembersih dan penyah-kuman untuk udara dan Universal…