Majlis Perbandaran Port Dickson - Bot pelampung berlanggar, isu sudah diselesaikan (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson, Mohd Zamri Mohd Esa yang dihubungi berkenaaan video tular bot pelampung berlanggar dengan sebuah bot lain di Port Dickson, baru-baru ini berkata, "setakat ini saya difahamkan ia sudah diselesaikan secara rundingan antara pengusaha bot dan mereka yang terbabit."
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, kejadian itu sememangnya benar dan berlaku di Port Dickson baru-baru ini.

 

"Tiada sebarang kecederaan kepada mereka yang terbabit dan tiada kes," kata ringkas selepas dihubungi tadi.

 

Sebelum tular di laman sosial rakaman bot pelampung yang membawa penumpang berlanggar dengan bot lain.

 

Dalam kejadian itu, pengendali bot pelampung dikatakan seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan penumpang kerana hanya berkata; "Kacau betul la..." dan "koyak kain."

 

Tindakan mereka mengundang kecaman netizen yang mendakwa pengusaha lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan penumpang.

 

Ada juga netizen yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bukan selepas berlakunya kemalangan.

 

Careta berpendapat sebelum berlaku kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa, tindakan yang wajar berserta garis panduan perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib.

 

Video pelanggaran tersebut di bawah:

 

 

 

Harian Metro