Majlis buka puasa Cycle & Carriage raikan pelanggan

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Cycle & Carriage Bintang Berhad pengedar jenama Mercedes terbesar di Malaysia, telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama 350 pelanggan-pelanggannya di Saloma Bistro and Theatre Restaurant. 

 

Bertemakan ‘A Delightful Ramadan To Celebrate The True Completeness Of Life’, majlis ini meraikan kenikmatan beraya bersama kaum keluarga. 

 

CnC

 

Kata ketua pegawai eksekutif Cycle & Carriage Bintang, Wilfrid Foo, “Kami amat menghargai pelanggan-pelanggan kami dan ingin mengucapkan terimakasih kepada mereka. Kami berdiri di atas keyakinan mereka dari segi memberikan produk berkualiti dan keperihatinan kami tentang keperluan perkhidmatan selepas jualan. Untuk dapat berkongsi hidangan buka puasa bersama pelanggan-pelanggan kami adalah pengalaman yang istimewa bagi kami.”

 

CncLogo

 

Selain dari dapat menikmati juadah yang ada lebih dari 50 jenis makanan dari setiap negeri, Wilfrid bersama rakan-rakan Mark Raine (VP perkhidmatan penjualan dan pemasaran Mercedes) dan Heinrich Schromm (VP perkhidmatan selepas jualan Mercedes) juga berinteraksi bersama pelanggan-pelanggan mereka, yang terdiri dari pelanggan baharu dan lama. 

 

Di majlis buka puasa itu juga terdapat persembahan barisan model GLA generasi baharu untuk tatapan semua. Jenama fesyen mewah Cosry dan barang kemas rangkaian ‘Rantaian Kasih’ dari Habib Jewels juga dipertunjukkan. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan sahaja dari segi pergaulan sosial, malah ia juga turut merangkumi aspek urusan rasmi…
Berita Domestik
Konsep baharu yang dipamerkan adalah untuk menunjuk komitmen CCB sebagai peneraju pengalaman mewah…
Berita Domestik
Sebagai salah satu cara untuk menyambut ulang tahun yang ke-120, Cycle & Carriage Bintang…