Majikan bakar motosikal pekerja kerana selisih faham

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan pemilik kilang memproses ayam, di Tasik Gelugor dipercayai melakukan khianat membakar motosikal pekerjanya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata suspek lelaki berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Beliau berkata, penahanan suspek susulan polis menerima laporan daripada mangsa yang juga pekerja kilang memproses ayam, mendakwa motosikal ditinggalkan dekat tempat kerjanya hanya tinggal kerangka dipercayai dibakar majikannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Mangsa berusia 35 tahun membuat laporan polis pagi kelmarin memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Selasa lalu dia mendapati motosikal miliknya yang ditinggalkan di kilang tempatnya bekerja hanya tinggal kerangka.

 

"Dia mengesyaki bahawa motosikalnya itu dibakar majikannya berikutan berlaku perselisihan faham di antara mereka berdua sehari sebelum kejadian tambahan pula mangsa memperoleh gambar motosikalnya dalam keadaan terbakar yang dihantar majikannya melalui telefon bimbit," katanya dalam kenyataan.

 

Beliau berkata mangsa memaklumkan dia meninggalkan motosikalnya di kilang terbabit sejak seminggu lalu kerana kerosakan kecil.

 

Noorzainy berkata, melalui laporan itu polis membuat tangkapan ke atas suspek dan merampas pelbagai barangan antaranya telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping papan nombor pendaftaran motosikal yang dibakar untuk tindakan lanjut.

 

"Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menggunakan keretanya untuk bertemu rakan sehingga kehabisan minyak sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

 

"Suspek dan mangsa keesokannya pergi semula ke lokasi kereta ditinggalkan namun selepas diisi minyak, kenderaan itu tidak boleh bergerak kerana rosak.

 

"Akibat itu, suspek berang dan tidak berpuas hati lalu membakar motosikal pekerjanya dan kejadian itu disaksikan ibu serta jiran suspek yang cuba menghalangnya, namun tidak dihiraukan bahkan suspek mengambil gambar motosikal dalam keadaan terbakar dan menghantar kepada mangsa," katanya.

 

Noorzainy berkata, saringan air kencing mendapati suspek bebas dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan dan meneliti hujahan pembelaan serta pendakwaan,…