MAI, Proton tandatangani MoU - optimis tingkat kualiti di kalangan pembekal

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif Malaysia (MAI) dan PROTON hari ini telah menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) bagi menambah baik tahap perkongsian sumber dalam membangunkan pengedar peralatan dan komponen Proton, untuk memastikan mereka mampu mencapai standard global.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Majlis tandatangan MoU itu menandakan kolaborasi antara kerajaan dan sektor swasta dalam meningkatkan tahap persaingan pengeluar kenderaan nasional. 

Ia juga bakal memaksimumkan penggunaan infrastruktur automotif sedaia ada, terutama di dalam bidang aplikasi rekaan, proses simulasi digital serta teknologi pengesahan yang telah ditambah baik. 
 

Selain mendapat akses kepada pusat pembangunan dan penyelidikan Proton, para vendor juga mampu mengoptimumkan modal pembangunan insan, perniagaan dan pembangunan teknologi menerusi lapan program yang dianjurkan oleh MAI termasuklah:

  • Automotive Supplier Excellence Programme (ASEP)
  • Design Engineering and Prototyping (DEP)
  • Lean Production System (LPS)
  • Automotive Industry Certification Engineering (AICE)
  • Industry-Led Professional Certificate (IPC)
  • Dealiers Entrepreneurship Enhancement Programme (DEEP)
  • Apprenticeship
  • Workshop Transformation Programme (WTP)

Dengan program yang sedia ada untuk diimplementasikan pada masa akan datang, MAI dan Proton akan terus bekerjasama untuk meneroka kebarangkalian untuk disesuaikan dengan keperluan teknologi dan perniagaan Proton serta rangkaian pengedarnya. 

 


Perjanjian persefahaman tersebut ditandangani oleh CEO MAI, Dato' Madani Sahari dan CEO Proton, Dr Li Chunrong dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, YBhg Dato' Radzaif Mohamed dan juga Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YBhg Datin K Talagavathi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian…
Berita Domestik
TDA memainkan peranan penting dalam memupuk kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia dan melalui…
Berita Domestik
MOU itu akan memudahkan kajian ke dalam pengeluaran CKD bagi versi pemanduan kanan GAC EMKOO bagi…