"Pakatan strategik ini menandakan pelancaran program Industri 4.0 MIDF-MAI untuk terus membantu pengeluar-pemgeluar komponen automotif tempatan" kata Pengarah Urusan MIDF, Datuk Mohd Najib Abdullah.
"Menerusi kerjasama ini, MAI telah menyediakan empat program untuk syarikat automotif MIDF pula berfungsi untuk memberikan bantuan kewangan melalui skim pinjaman" kata Najib.
MAI juga telah menjalankan program Automotive Supplier Excellence (ASEP) dan Lean Production System (LPS) untuk meningkatkan produktiviti operasi vendor.
Vendor yang telah tamat mengikuti program ASEP dan LPS serta-merta layak untuk mendapatkan bantuan pinjaman dan seterusnya dan melaksanakan Smart Manufacturing dan Industry 4.0 dalam operasi syarikat mereka.