MAI, Cryptovalley Malaysia tandatangani perjanjian, laksana teknologi Blockchain dalam sektor automotif

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Cryptovalley Malaysia (CVM) hari ini telah menandatangani perjanjian Memorandum of Agreement (MoA) untuk melaksanakan teknologi Blockchain di dalam sektor automotif negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perjanjian tersebut bertindak sebagai penggerak kepada polisi yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini, iaitu National Policy on Industry 4.0 (Industry4WRD).

 

Teknologi Blockchain

gambar daripada CB Insight

Teknologi Blockchain merupakan istilah kepada transaksi data (dikenali sebagai rantaian blok) yang dikongsi menerusi rangkaian peer-to-peer (P2P) di dalam awan. 

Menggunakan teknologi cryptografi, setiap blok data ini dilindungi daripada digodam dan para pengguna pula boleh memuat naik dan mengemas kini rekod yang terdapat menerusi rangkaian yang disebutkan tadi. 

Berbeza daripada pengurusan data yang diketahui umum, pihak berkuasa tidak lagi berupaya 'memiliki' data, sebaliknya ia dipantau oleh komuniti di dalam rangkaian P2P tadi bagi memelihara nilai dan integriti data tersebut.

BACA: Apa itu Blockchain | Amanz.my


Aplikasi


Proses desentralisasi data blockchain ini mengubah gaya transaksi perniagaan dan pengurusan aset menerusi pengurangan orang perantara ataupun orang tengah. 

Aliran data tersebut dijana secara automatik, telus dan selamat, mudah diakses namun tidak boleh diubah datanya. 

Di dalam sektor automotif, blockchain ini menunjukkan potensi yang mendalam seperti pengurusan kereta swapandu, advanced driver assistance system (ADAS), logistik infrastruktur, pengurusan kenderaan dan bandar pintar, sistem pengangkutan integrasi dan juga grid pintar dalam menjana pengurusan tenaga mampan. 

 

Empat inisiatif utama antara MAI dan CVM

1. Memastikan proses pengedaran alat ganti original dengan lebih berkesan


Setiap alat ganti akan diberikan satu identiti digital bagi memastikan proses penghantaran berjalan lancar di dalam ekosistem automotif. 

Nilai alat ganti tersebut akan ditentukan oleh komuniti bagi memastikan harga pasaran menepati piawaian semasa serta menjamin keselamatan dan melindungi kepentingan para pengguna.

 

2. Alternatif kepada platform e-hailing


Proses desentralisasi teknologi blockchain ini bakal memberikan manfaat kepada pasaran perkongsian kenderaan  (ride-sharing) dari segi sekuriti dan ketelusan, serta memberikan bukti yang kekal tidak berubah dalam penyelesaian sebarang pertikaian. 

Para penumpang juga bakal menerima manfaat menerusi rangkaian pemandu yang lebih meluas, ganjaran (token) berdasarkan pemberian cadangan dan komen, serta meningkatkan kadar pemeriksaan kepada pemandu di dalam sesebuah platform e-hailing.  

 

3. Reputation Economics 2.0 di dalam sektor Selepas Jualan dan Servis.


Ekosistem ini dibangunkan berdasarkan sistem penarafan dalam talian (online) yang diberikan oleh pengguna akhir. 

Sistem penarafan ini mampu meningkatkan pengalaman pengguna melalui perbandingan kualiti servis menerusi struktur pangkalan data yang terpakai kepada pelbagai bidang di dalam sektor Selepas Jualan dan Servis (After Sales and Services).

 

4. Mengurangkan jejak karbon (carbon footprints) di kalangan kenderaan komersil


Setiap kenderaan komersil akan diberikan satu profil digital yang serba unik, membolehkan pengiraan terhadap jejak karbon dilakukan dengan lebih mudah menerusi aplikasi teknologi blockchain ini. 

Ini adalah sejajar dengan langkah kerajaaan meluaskan lagi penarafan Energy Efficient Vehicles (EEV), serta selari dengan Dasar Automotif Nasional (NAP). 
 


Selain daripada inisiatif di atas, MoA ini bertindak sebagai batu loncatan dalam usaha untuk menarik lebih ramai pakar di dalam teknologi kritografi di Malaysia. 

Dengan cara ini, komuniti automotif mampu merangka, melaksanakan dan menguruskan teknologi blockchain ini di dalam bidang masing-masing menerusi pembangunan program yang spesifik. 

Menurut CEO MAI, Dato' Madani Sahari berkata, " MAI dan CVM akan terus berkolaborasi untuk mendirikan Program Pembangunan Pakar Kriptografi (Cryptography Experts Development Programme), membolehkan ia terus digunakan untuk tujuan penyelidikan dan diaplikasikan kepada beberapa sektor automotif, Internet of Things (IoT) dan sektor robotik."

Tambah beliau, program itu juga boleh diperluaskan penggunaannya kepada kenderaan terhubung (connected vehicles), sekuriti siber, pengeluaran pintar dan juga pemanduan autonomi.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…