Mahukan Mercedes-AMG A 45 dengan 592 kuasa kuda? Tanya sama Renntech!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG A 45 dengan enjin empat silinder 2.0 liter yang menghasilkan 416 kuasa kuda dan 500 Nm secara standard dari kilang masih tidak cukup untuk anda?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau, buat para peminat Mercedes-AMG yang tidak berpuas hati dengan talaan kilang 416 kuasa kuda itu, anda boleh mendapatkan khidmat daripada Renntech - salah sebuah rumah penala yang sinonim dengan Mercedes-Benz. 

 


Dengan kit talaan yang sedang dibangunkan terdiri daripada turbo, set ekzos dan talaan perisian, anda boleh bayangkan Mercedes-AMG A 45 anda mampu mencapai kuasa setinggi 592 kuasa kuda!

Terlalu tinggi? Anda boleh memilih untuk mendapatkan versi 543 kuasa kuda dengan kit yang serupa.

Namun jika anda mahukan kuasa yang lebih sedikit berbanding enjin standard, pilih saja talaan kepada sistem perisian dan anda akan mendapat kuasa sekitar 469 hp dan 575 Nm. 
 


Selain itu, Renntech juga turut menawarkan set rim bersaiz 19 dan 20 inci, serta modifikasi terhadap sistem ekzos di mana anda boleh menala sendiri bunyi yang diinginkan menggunakan alat kawalan jauh. 

Pilihan di tangan anda, mahu atau tidak? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nadi empat silinder sebaris M139 yang dibekalkan dari kilang itu berupaya menghamburkan kuasa…
Berita Global
Penawaran trim GR Sport kini diperluaskan pada model Toyota Aqua GR Sport 2023 yang sudah pun boleh…
Berita Global
Ini kerana, firma penala ABT kini sudah tampil dengan magis mereka yang tersendiri terhadap model…