Mahukan enjin yang lebih berkuasa? Dua enjin V8 ini boleh ditempah terus dari kilang!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik bagi mereka yang mahukan nadi kuasa baharu yang boleh dimuatkan ke dalam kereta projek, ini kerana di Amerika Syarikat, dua buah pengeluar kini masing-masing menawarkan enjin crate baharu terus dari kilang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya adalah Ford di mana menerusi divisyen Ford Performance mereka menawarkan enjin V8 baharu rekaan cross-plane yang digelar sebagai Predator.

Enjin Predator yang dihasilkan untuk model Shelby GT500 ini memiliki kapasiti 5.2 liter dibantu dengan unit pengecas lampau Eaton dengan angka output sekitar 760 hp dan 848 Nm.

Namun bagi mereka yang mahukan alternatif yang lebih berkuasa, Dodge turut menawarkan enjin crate V8 baharu yang digelar sebagai Hellcrate Redeye.

 


Enjin Hellcrate terbaharu ini merupakan nadi V8 Hemi kelima yang ditawarkan oleh Dodge kepada para peminatnya, dan merupakan antara enjin yang paling mahal pernah ditawarkan, iaitu sekitar $21,807 (RM89,740).

Dengan harga tersebut, anda akan mendapat nadi Hellcrate yang mampu menghasilkan 707 kuasa kuda dibantu dengan unit pengecas lampau yang lebih besar, crankshaft keluli aloi tempa, rod penyambung jenis powder-forged, dan piston berkekuatan tinggi.

Enjin yang paling mahal sekali dalam senarai Hellcrate adalah enjin Hellephant bentangan V8 dengan unit pengecas lampau berkuasa 1,000 kuasa kuda dan tanda harga di bawah $30,000 (RM123,456)!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Pakej tersebut dinamakan sebagai K20C1 Crate Engine dan Controls Package dan ia merangkumi unit…
Berita Global
Untuk rakyat Amerika Syarikat yang masih lagi kekal dengan trak dan van-van GM yang lama, usah…