Mahukah anda hias BMW M2 2023 dengan M Performance Parts?

oleh Mohamad Hanif|
Kontroversi rupa paras aneh yang melanda M2 2023 masih lagi belum reda, kini muncul pula imej yang memaparkan model coupe generasi baharu yang dipadankan dengan kit badan daripada M Performance Parts.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan hantaran di Instagram Wilcoblok, beliau mendakwa gambar-gambar itu merupakan imej rasmi yang disumberkan daripada BMW M dengan tambahan komponen opsyen yang mampu menjadikan penampilan M2 2023 itu lebih agresif.
 

M2


Antara perubahan yang didatangkan termasuklah penambahan splitter hadapan yang bersambung dengan sirip bahagian kiri dan kanan bampar, liang sisi dengan bilah menyerong, perumah cermin sisi hitam, serta rabung menonjol pada belakang keempat-empat arka roda.
 

M2


Bahagian belakang pula dipasangkan dengan spoiler tingkap belakang, diikuti dengan sayap belakang yang lebih besar di atas trunk, sementara bampar belakang pula mendapat tambahan liang palsu yang besar, dan tip ekzos dialihkan ke tengah.
 

M2


Jika anda merasakan M2 standard tidak begitu agresif, boleh cuba dapatkan pakej opsyen M Performance Parts ini supaya rakan-rakan Type R FK8 anda tidak kesunyian.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,580 mm, lebar 1,877 mm, tinggi 1,403 mm dengan jarak…
Berita Global
Oleh itu,BMW telah mengumumkan  penawaran aksesori  M Performance untuk M2 baru ini, termasuk…
Berita Global
Rupa paras mana-mana model BMW tidak akan terlepas daripada menjadi bualan ramai, dan tidak…