Mahu tarik perhatian rakan anda di Hari Raya? Dengan MINI Countryman Pure, beginilah caranya!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Musim Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, dan sebagai persediaan menyambut ketibaan hari yang penuh warna-warni, tidak salah rasanya untuk kita merancang persiapan dengan teliti.

 

1. Pilih warna baju raya yang bergaya


Hari Raya merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu untuk seisi keluarga dengan menggayakan warna baju yang sedondon. 

Ingin lagi menyerlah?

Cuba padankan warna baju raya anda sama dengan kereta baharu anda. 

Usah risau kerana MINI Countryman Pure mempunyai warna yang sangat sesuai untuk digayakan di pagi raya, iaitu British Racing Green!

 

2. Hiasan rumah yang menarik dan versatil, macam dalam kabin MINI Countryman Pure


Bukan sekadar kita juga bersiap-sedia untuk berhari raya, hiasan rumah juga sebenarnya satu perkara yang perlu kita titik beratkan. 

Rumah perlulah kemas dan menarik semasa hendak menyambut tetamu.  Barulah teman-teman rasa selesa dan dihargai ketika berkunjung ke rumah anda. 

Tidak perlu hiasan yang keterlaluan, tetapi gayakan rumah anda dengan kemasan yang ringkas, bertenaga dan versatil. 

Mengambil contoh ciri unik pencahayaan ambien pada MINI Countryman Pure – penggunaan lampu berwarna warni boleh menaikkan mood dan seri hari raya di dalam dan luar rumah anda. 

Barulah semangat Hari Raya Aidilfitri namanya!

 

3. Memang cool beraya dengan kawan, membawa MINI Countryman Pure sekali 


Kesibukan kerja seharian ada kalanya membuatkan kita kadang-kala terputus hubungan dengan rakan-rakan. 

Apatah lagi apabila masing-masing mula membina hidup sendiri, namun jauh di sudut hati cebisan memori silam sebenarnya masih kekal di dalam ingatan kita.

Jadi, di musim perayaan ini, apalah salahnya kita mengambil kesempatan untuk membuat kejutan dengan menziarahi rumah rakan-rakan. 

Dengan bacaan serendah 6.5 liter untuk setiap 100 km, kuasa 192 hp, daya kilas 208 Nm, dan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, MINI Countryman Pure merupakan kenderaan ideal untuk membawa anda sekeluarga ke mana sahaja di musim perayaan ini. 

 

4. Baju raya kena ada dua atau tiga set, baru bergaya!


Kereta keluarga mempunyai masalah yang tipikal - kurang selesa untuk memuatkan lima orang pada satu masa dan ruang kargo yang sangat kecil. 

Ini mendatangkan isu apabila anda bersiap sedia balik kampung ataupun pergi melancong sempena Hari Raya, membawa dua tiga set sepersalinan lengkap baju raya.

Maklumlah nak tarik perhatian saudara-mara, bukan? 

Dan MINI Countryman Pure boleh menyelesaikan kerumitan tersebut dengan adanya ruangan lebih untuk kelengkapan kita!

Dengan ruang sebesar 450 liter, usahkan beg bagasi yang penuh dengan dua tiga set baju raya, nak muatkan buluh lemang dan balang kuih muih juga tiada masalah!


5. Riang ria di Hari Raya dengan MINI Countryman Pure Baharu!


Walaupun dengan persiapan rapi, masalah kenderaan boleh membuat hati kita runsing di musim perayaan ini. 

Tidak perlu risau, tidak perlu runsing sebab MINI Countryman Pure datang dengan waranti 4 + 1 tahun ekstra* menjelang Hari Raya. 

Ini semua adalah sebahagian daripada usaha MINI untuk menjadikan raya anda lebih bermakna, lebih gembira serta pengalaman memiliki kereta yang bebas tekanan. 

Tidak dilupakan, MINI Malaysia menawarkan promosi istimewa bersempena Aidilfitri 2019 seperti:

•    Servis berjadual secara percuma
•    Kadar faedah serendah 1.88%
•    Hadiah Raya Istimewa

*terhad kepada tempoh 5 tahun atau 80,000km jarak perbatuan, yang mana terdahulu
 


Setiap MINI baharu juga didatangkan dengan ciri MINI Connected secara standard, terdiri daripada perkhidmatan seperti 
•    Intelligent Emergency Call
•    TeleServices
•    MINI Online
•    MINI Concierge Service**
•    Apple CarPlay**
•    Remote Services

**Untuk model tertentu sahaja

Jadi, meriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini dengan berkunjung ke pusat pameran MINI yang terdekat. Perlu diingatkan, promosi ini terhad  kepada musim perayaan ini sahaja!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MINI Malaysia di mini.my/aidilfitri