Mahu Mercedes tapi cukai murah? CLS 260 kini dengan enjin 1.5 liter (di China)

oleh Mohamad Hanif|
Di China, Mercedes-Benz baharu sahaja melancarkan sebuah varian CLS aras mula - atau senang cerita varian asas CLS bertujuan untuk meringankan beban pembayaran cukai di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz CLS 260 ini didatangkan dengan enjin sekecil 1.5 liter yang menghasilkan 184 kuasa kuda dan 280 Nm daya kilas yang memacu roda belakang, dipadankan dengan transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

 


Varian paling asas CLS ini juga turut dilengkapi dengan sistem mild-hybrid yang mampu menawarkan tenaga tujahan pada putaran enjin yang lebih rendah.

Enjin 1.5 liter ini tidaklah bermakna ia tidak berkuasa, ini kerana CLS 260 ini mampu memecut sepantas 8.7 saat dari 0-100 km/j, malah ia lebih pantas 0.3 saat berbanding model Mercedes E260 jenis jarak antara roda yang lebih panjang.

 


Kelajuan maksimum dihadkan kepada 250 km/j dan mampu mencapai penggunaan bahan api sekitar 7.2 liter/100 km.

Seperti yang disebutkan di atas, pengenalan model asas ini bertujuan untuk menurunkan beban cukai yang tinggi yang biasa di alami oleh kenderaan bersesaran tinggi.

Harga jualan bagi model CLS 260 ini di China bermula dari 576,800 yuan (RM353,381).

 


Sebagai rujukan, varian asas CLS 450 di Amerika Syarikat bermula dari $69,950 (RM303,166) namun versi ini didatangkan dengan nadi 3.0 liter enam silinder sebaris (362 hp/500 Nm).

Manakala di German, versi asas CLS 220d pula didatangkan dengan nadi diesel 2.0 liter yang mampu menghasilkan 192 hp dengan harga jualan bermula dari €57,792(RM271,588).