Mahu lapor kesalahan trafik? Ikuti garis panduan dari JPJ

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber: The Malaysian Times

Berikutan Pengumuman lepas yang membenarkan pengguna jalan raya merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu atau lain-lain kesalahan utama lalulintas sepanjang Ops Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri, terdapat beberapa maklumat yang harus dipatuhi pengadu sebelum menyalurkan kepada JPJ.

1. Siapakah yang dibenarkan merakam atau mengambil gambar pemandu yang melakukan kesalahan?

Larangan penggunaan telefon bmbit tanpa alat bebas tangan yang diperuntukkan dibawah kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 menyatakan bahawa mana-mana orang yang memandu adalah dilarang menggunakan alat komunikasi termasuk telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dan mana-mana org yang melanggar peraturan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna pengguna jalan raya yang merakam apa-apa kesalahan lalulintas menggunakan telefon bimbit wajib memastikan bahawa yang merakam atau mengambil gambar itu bukanlah pemandu.

 

sumber: Belang Tarung


2. Apakah notis yang akan diberikan kepada pemandu sekiranya didapati melakukan kesalahan dan berapa lama tempoh diambil untuk menyerahkan notis saman?

Sekiranya didapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, Notis temusiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diserahkan kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan pemandu yang memandu kenderaan terbabit ketika kesalahan dilakukan.

Tempoh ini mengambil masa 14 hari untuk pemilik kenderaan mengemukakan pemandu yang diarahkan hadir ke pejabat JPJ.

Apabila pemandu hadir ke JPJ yang berhampiran dan siasatan telah dijalankan, pegawai JPJ akan mengeluarkan Notis Saman atau perintah hadir mahkamah dalam hari yang sama siasatan dijalankan.

3. Bagaimanapula jika pemandu terbabit pergi ke lorong kecemasan kerana berlaku kerosakkan kenderaan dan ada orang merakamnya ?

Di bawah kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959, kaedah ini membenarkan atau memberi pengecualian pada mana-mana kenderaan motor (pemandu) menggunakan lorong kecemasan dalam keadaan kecemasan sahaja. sebagai contoh kereta rosak atau lain-lain sebab kecemasan.

 


4. Apakah maklumat yang perlu dikemukan pemandu bagi membuat aduan ?

1. Laporan ringkasan aduan
2. Tarikh / masa
3. Tempat kejadian
4. Jenis kenderaan
5. Nombor pendaftaran kenderaan
6. Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Sertakan nama penuh, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dan hantar ke aplikasi whatsapp 013-4498997

Sumber: Facebook JPJ

Berita Berkenaan

Informasi
"Bagi menyiapkan garis panduan ini, kita bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan…
Berita Domestik
  "Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi…
Berita Domestik
Beliau seterusnya berkata jumlah kes harian yang boleh mencecah angka melebihi 4,000 kes bermaksud…