Mahu kereta manual, pemilik ini sanggup jual Corvette C8, ganti dengan Civic Type R!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki warga Kanada dilaporkan sanggup menjual kembali Chevrolet Corvette C8 yang baharu berusia 2 bulan dan menukarkannya dengan sebuah Civic Type R tahun 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut hantaran yang dibuat menerusi laman media sosial Reddit, pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai The_Exia itu mengakui walaupun Chevrolet Corvette C8 cukup bagus dan mampu mencapai 6.92 liter untuk setiap 100 km, kereta bertransmisi automatik bukanlah citarasa yang diimpikan.

Beliau yang masih lagi memiliki sebuah Corvette Z06 C6 (transmisi manual) itu mendakwa kereta automatik tidak menawarkan keseronokan pemanduan seperti mana yang kereta manual tawarkan.

"Saya masih lagi gemar memandu Z06, ia lebih menyeronokkan terima kasih kepada kotak gear manual, bunyi yang lebih mengasyikkan, dan mampu mengukir senyuman di wajah saya," ujar beliau dalam hantaran di Reddit.
 

Cadillac CT5-V Blackwing
Cadillac CT5-V Blackwing bertransmisi manual, jangan tak tahu!


Namun, seperti filem yang mempunyai plot twist, The_Exia mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau menjual Corvette C8 yang baharu berusia dua bulan itu.

Ini kerana pada ketika ini permintaan terhadap model Corvette C8 agak tinggi, dan beliau sebenarnya dalam senarai menunggu untuk mendapatkan sebuah Cadillac CT5-V Blackwing yang dijadualkan pengedarannya tahun hadapan.

Cadillac CT5-V Blackwing 2022 dilancarkan secara rasmi pada awal tahun lalu menampilkan enjin 6.2 liter bentangan V8 yang mampu  menghasilkan 668 kuasa kuda dan 893 Nm yang disalurkan ke roda belakang sahaja menerusi transmisi manual. Pecutan 0-96 km/j mengambil masa 3.4 saat sahaja.

Daripada terus menunggu sehingga tahun depan untuk menukarkan CT5-V itu dengan Corvette C8, adalah lebih baik beliau mengambil kesempatan ke atas permintaan pasaran yang tinggi terhadap model C8.

Disebabkan permintaan yang tinggi itu juga, nilai jualan C8 terpakai melonjak naik kepada angka CAD$116.4 ribu (RM387 ribu) berbanding harga jualan asal CAD$108 ribu (RM359 ribu).
 

Civic Type R


Menurut The_Exia, walaupun Civic Type R yang dimiliki pada ketika ini mempunyai masalah seperti kawalan iklim, serta sistem rev match yang tidak berfungsi dengan baik, namun Civic Type R itu dikatakan mampu memenuhi keperluan sementara menantikan kehadiran CT5-V Blackwing.

Sama seperti C8, Honda Civic Type R sebenarnya masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran, di mana harga jualan kekal stabil walaupun ia bakal digantikan dengan generasi baharu tidak lama lagi.

Sumber: Reddit

 

Cadillac CT5-V Blackwing

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda mengikuti perkembangan Rezvani, syarikat itu sering menghasilkan kenderaan dengan…
Berita Global
Versi prestasi tinggi Corvette Z06 baharu sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat baru-baru ini…