Menurut laporan terkini daripada Reuters, Nissan hanya akan membuat keputusan untuk meneruskan atau menarik diri daripada pakatan menjelang akhir bulan ini.
Salah satu daripada sumber itu memberitahu, keputusan ini diambil setelah rakan pakatan Mitsubishi mahu menarik diri daripada terus menyuntik wang ke dalam dana tersebut.
"Kami akan keluar, keadaan sudah tidak selamat," ujar satu sumber yang tidak mahu dinamakan.
Sementara itu, wakil Nissan enggan untuk memberikan sebarang komen berkenaan isu tersebut, manakala wakil Mitsubishi pula berkata tiada sebarang keputusan konkrit dibuat pada masa ini.
Selain daripada itu Carlos Ghosn, Nissan kini berada dalam keadaan yang semakin meruncing akibat jualan yang merudum 80 peratus di pasaran China bulan lalu.
Alliance Ventures ditubuhkan bertujuan untuk meneroka peluang pembelajaran menerusi pelaburan di dalam syarikat pemula dengan target keuntungan sehingga $200 juta setahun daripada ketiga-tiga rakan sekutu, walaupun ia tidak pernah mencapai amaun penuh menurut sumber pertama.
Usahasama ini ditubuhkan sewaktu pemerintahan Carlos Ghosn yang kini menghadapi beberapa pertuduhan di Jepun akibat salah laku kewangan dan salah guna dana syarikat yang dinafikan selama ini.
Tambah sumber pertama itu tadi, Alliance Ventures tidak ditubuhkan sebagai salah satu cara membuat duit, ia adalah peluang pembelajaran daripada pelaburan di dalam syarikat pemula.
"Memandangkan keadaan kewangan semasa yang kita hadapi, kami kini melihat kepada pulangan pelaburan.
Sumber: Reuters