Mahu jarak perbatuan kereta kekal rendah, Lewis Hamilton guna khidmat lori penunda

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah seorang pelumba handalan Formula One dengan 67 kemenangan dan empat kejuaraan dicatatkan di belakang Michael Schumacher, Lewis Hamilton juga sebenarnya seorang pengumpul supercar dan kenderaan klasik eksotik.
Kawasaki Legend Reborn

Menurut laporan daripada The Sunday Times, nilai terkumpul yang direkodkan oleh Hamilton kini mencecah $207 juta menjadikannya antara individu sukan yang terkaya di UK. 
 


Laporan tersebut antara lain menyebut kenderaan pertama yang dipandu oleh Hamilton ialah sebuah Mini Cooper sebelum digantikan oleh Mercedes-Benz C200.

Kedua-dua kenderaan tersebut kemudian lenyap daripada 15 buah kenderaan di dalam senarai koleksi Hamilton yang kini terdiri daripada dua buah Shelby Cobra, Shelby GT500 1967, sebuah Pagani Zonda bertransmisi manual, Ferrari 599 SA Aperta, dua buah Ferrari LaFerrari, McLaren P1, dan sebuah Mercedes-AMG Project One. 
 


Bagi memastikan jarak perbatuan kenderaannya kekal rendah (dan nilai yang berkekalan), Hamilton mempunyai sebuah trak pengangkut peribadi di Los Angeles yang menjalankan tugas mengangkut kereta-kereta tersebut setelah selesai sesi pemanduan. 

Sebagai seorang yang arif berkenaan nilai semasa kereta-kereta klasik, Hamilton tahu pelaburan yang sewajarnya dilakukan oleh beliau kerana tidak mahu terjebak dengan aktiviti peleburan wang yang sia-sia seperti individu yang lain.

 


Kini, terdapat beberapa buah lagi kereta yang menjadi idaman beliau untuk ditambah ke dalam senarai termasuklah sebuah Mercedes-Benz 300 SL dan juga Ferrari 250GT California Spyder. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihasilkan menggunakan MV Agusta Brutale 800 RR, edisi LH44 ini menggunakan enjin tiga silinder 800…
Sukan Bermotor
Ini juga menjadikan Hamilton warganegara Britain yang paling berjaya dalam sukan Formula One,…
Berita Global
Kita kenal Lewis Hamilton sebab dia pelumba dan juara 3 kali F1. Kita kenal beliau kerana beliau…