Namun, menurut beliau lagi, Mercedes-Benz akan mengurangkan penawaran model-model yang dimaksudkan dan lebih memfokuskan kepada model yang lebih menguntungkan.
"Kami sudah pun mencapai portfolio hampir kepada 50 buah kenderaan tahun lalu, dan ia bakal bertambah dengan kehadiran barisan model elektrik EQ.
Tambah beliau lagi, sesetengah model tersebut terpaksa bersaing dalam pasaran yang terlalu kecil, jadi adalah lebih baik sekiranya modal penyelidikan dan pembangunan tersebut disalurkan kepada model yang lebih mendatangkan keuntungan dan boleh dijual dalam angka yang tinggi.
Ini tidak bermakna model coupe dan cabriolet akan dihentikan penawarannya begitu sahaja.
"Kami masih lagi meneruskan penawaran model coupe dan cabriolet pada masa akan datang, akan tetapi dalam bentuk yang berbeza.
Baru-baru ini, Mercedes-Benz telah pun selesai melancarkan generasi baharu C-Class yang hadir dalam bentuk sedan dan wagon, dan sedikit mengejutkan apabila tiada petanda kehadiran versi coupe dan convertible didedahkan sewaktu pelancaran rasmi itu.
Adakah ini bermakna C-Class tiada lagi penawaran model-model coupe dua pintu dan convertible pada masa akan datang?
Sumber: Autocar UK