Mahu curi Urus, terbabas sesama sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kejadian yang berlaku di Massachusetts, cubaan untuk melarikan dua buah Lamborghini Urus oleh dua orang remaja bawah umur nampaknya tidak kesampaian berjaya ditahan pihak berkuasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Wayland Police Department, amaran kecurian berbunyi tepat jam 3.05 pagi dan sepasukan penyiasat bergegas ke tempat kejadian. 

Namun, dalam perjalanan mereka terserempak dengan dua unit Lamborghini Urus yang mencurigakan bersama sebuah lagi kereta ketiga Chevrolet Cruze di satu persimpangan jalan. 
 


Remaja tersebut menyedari kehadiran pihak berkuasa, dan cuba untuk melarikan diri dalam satu siri kejar mengejar berkelajuan tinggi sebelum saspek yang tidak memiliki lesen memandu di dalam Cruze berjaya ditahan. 

Lima jam kemudian, pihak polis berdekatan menghubungi Wayland Police Department berkenaan penemuan dua buah Lamborghini Urus berlanggar sesama sendiri dan penangkapan seorang saspek. 

Manakala seorang lagi saspek berjaya melarikan diri tanpa dikesan. 
 


Sementara itu, pengedar rasmi Lamborghini of Boston nampaknya tidak begitu terkesan dengan kecurian tersebut dan dalam satu hantaran di laman Facebook, mereka mengatakan, "Kami fikir hantaran berkenaan Urus amat susuai untuk hari ini."

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…