Mahkamah ketepikan denda RM86.77 juta MyCC terhadap Grab

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan terkini oleh Bernama, Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengenepikan cadangan denda berjumlah RM86.77 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap Grab Holdings dan dua anak syarikatnya, Grabcar Sdn Bhd dan MyTeksi Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjelaskan, keputusan cadangan denda oleh MyCC itu dicemari ketidakpatuhan prosedur, dan denda yang dicadangkan itu tidak disokong oleh proses penyiasatan sewajarnya.

Hakim turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Sebelum ini, syarikat Grab dilapor bakal berdepan denda sebanyak RM86.77 juta kerana menggunakan kedudukannya untuk menghalang promosi pesaing di dalam perkhidmatan seru pandu, menyalahi undang-undang di bawah Akta Persaingan 2010.

Berita penuh: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mei tahun lalu, seorang doktor telah menyaman pengarah JPJ Pulau Pinang, ketua pengarah dan…