Mahkamah denda pemilik lori RM60,000 kerana lepaskan asap hitam

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seorang pemilik sebuah lori didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini hari ini selepas didapati mencemarkan udara dengan melepaskan asas hitam melebihi had dibenarkan daripada paip ekzos kenderaannya, dua tahun lalu.


Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman tersebut selepas Maimunah Omar, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

 

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melepaskan pencemar ke udara iaitu asap hitam berlebihan daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50 peratus di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

 

Kesalahan dilakukan tertuduh di Plaza Tol Sunway, Lebuh raya Shah Alam (KESAS) pukul 10.45 pagi pada 31 Oktober 2019 dalam operasi penguatkuasaan kenderaan bermotor yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

 

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta sama.

 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Faizura Mohd. Ali sementara OKS tidak diwakili peguam.

 

Difahamkan, sebelum ini OKS dikenakan kompaun RM2,000 namun gagal membayarnya sebelum tindakan pendakwaan dikenakan kepadanya. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…
Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…