Mahindra XUV300 dilancar Februari 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahindra telah mula menunjukan model SUV kompak keempat mereka, XUV300 walaupun ia sepatutnya dilancarkan pada separuh pertama bulan Februari tahun hadapan.

Ia menggunakan platform x100 yang juga digunakan oleh SsangYong Tivoli, jenama Korea yang juga milik Mahindra.

Menurut Mahindra, rekabentuk XUV300 ini berdasarkan ciri-ciri harimau "cheetah". Contohnya, lingkungan roda (wheel arch) yang mengembang keluar itu mirip otot-otot binatang itu ketika ia hendak menerkam mangsa.

Wow.

 

 

Lampu utama pula seolah-olah "mengalir" ke bawah dan bersambung dengan lampu kabus itu - umpama kelenjar air mata Cheetah.

Hmmm. 

Untuk pengetahuan umum, Mahindra juga memiliki Pininfarina sejak tahun 2015. 

 

 

Laporan dari Autocar India berkata XUV300 ini didatangkan dengan kelengkapan mewah seperti tujuh beg udara, pendingin hawa dua zon, empat brek cakera, bumbung suria, skrin sesentuh untuk unit audio, lampu HID dengan DRL jenis LED, lampu belakang LED dan roda aloi 17-inci.

Mahindra yakin bahawa XUV300 ini akan menjadi antara SUV yang paling selamat di dalam kategorinya.

Dua enjin akan diperkenalkan semasa pelancaran kelak (diesel and petrol) tetapi cuma transmisi manual 6-kelajuan akan diberikan. Unit automatik akan dilancarkan kemudian nanti dan varian XUV300 elektrik akan mula dijual pada tahun 2020.

SUV kompak ini akan dibina di kilang Mahindra di Nashik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mahindra akan menggunakan komponen-komponen yang dibekalkan oleh Volkswagen untuk model kenderaan…
Berita Global
Model trak pikap baharu ini dijangka akan berubah menjadi model produksi sebenar pada tahun 2025,…
Berita Global
Kerjasama ini akan menghasilkan jumlah yang besar dengan lebih sejuta unit termasuk kelengkapan …