Mahindra TUV300 Plus - SUV sembilan tempat duduk!

oleh Mohamad Hanif|
Mahinda akhirnya melancarkan SUV tujuh tempat duduk yang dinamakan TUV300 Plus, versi SUV300 yang dipanjangkan bagi memuatkan sembilan orang penumpang berbanding tujuh pada model asal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara luarannya, TUV300 Plus ini tiada perubahan yang ketara dibuat oleh Mahindra dan berkongsi banyak panel badan yang serupa dengan TUV300.


Mahindra TUV300 Plus ini menggunakan enjin turbo diesel 2.2 liter mHawk yang digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan. 

Mahindra juga telah melengkapkan SUV ini dengan sistem teknologi mikro hibrid termasuk dengan sistem regenerasi tenaga brek dan mod ECO bagi meningkatkan tahap penjimatan bahan api. 
 


Khidmat Pininfarina sekali lagi digunakan oleh Mahindra untuk mereka bentuk bahagian dalaman SUV ini supaya lebih tampak premium dengan penggunaan faux-leather pada kerusi penumpang di samping penampilan sistem infotainmen skrin sentuh sebesar 7 inci lengkap dengan sistem navigasi. 

TUV300 Plus ini dijual di India dengan tiga varian utama iaitu P4, P6 dan P8 dengan harga jualan bermula dari Rs 9.47 lakh (RM56k++) untuk varian terendah sehinggalah Rs 10.86 lakh (RM64k++) untuk varian premium.
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Mahindra akan menggunakan komponen-komponen yang dibekalkan oleh Volkswagen untuk model kenderaan…
Berita Global
Model trak pikap baharu ini dijangka akan berubah menjadi model produksi sebenar pada tahun 2025,…
Berita Global
Kerjasama ini akan menghasilkan jumlah yang besar dengan lebih sejuta unit termasuk kelengkapan …