Mahindra perluas portfolio kenderaan menerusi jenama SsangYong di India

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar utama kenderaan utiliti di India, Mahindra and Mahindra sedang mensasarkan penggunaan jenama SsangYong dalam usaha untuk membangunkan produk baharu serta memperkembangkan portfolio kenderaan mereka di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan media juga turut menyebut, Mahindra kini mensasarkan penjualan sebanyak 9,000 unit kenderaan sebulan daripada tiga produk baharu yang telah diumumkan pada tahun ini - kesemuanya menggunakan gabungan kepakaran daripada SsangYong dan Pininfarina. 

Buat mereka yang tidak mengetahui, Mahindra menguasai pegangan sebanyak 72% di dalam saham SsangYong sejak tahun 2011.

Menurut Pawan Goenka, Pengarah Urusan Mahindra and Mahindra berkata, "Ini merupakan satu permulaan dalam usaha memperkenalkan produk global hasil kerjasama dengan SsangYong, dan pada masa akan datang Ford."

"Selain daripada berkongsi produk, kami juga turut merancang untuk melakukan perkongsian dari segi aspek enjin, teknologi, dan juga perhubungan, termasuklah aspek teknologi hibrid. 

Goenka turut menambah, menerusi perkongsian ini, produk baharu boleh dikeluarkan dengan kos penghasilan yang lebih rendah. 

Daripada tiga produk baharu yang dirancang pada tahun ini, Mahindra baharu sahaja melancarkan dua buah kenderaan, iaitu Marazzo MPV dan juga Alturas G4 (gambar di atas) - dibangun berdasarkan model SsangYong Rexton. 


Sebuah lagi produk yang dirancang  untuk dilancarkan pada suku pertama 2019 merupakan SUV yang dibangunkan daripada platform SsangYong X100 yang menghasilkan produk global jenama itu, Tivoli.

Ia bakal menggunakan enjin serba baharu 1.2 liter turbo yang dibangunkan hasil kolaborasi bersama Ssang Yong.

Berita Berkenaan

Berita Global
SsangYong mendakwa kelewatan pembayaran tersebut adalah disebabkan prestasi perniagaan yang semakin…
Berita Global
Melihatkan kepada jumlah jualan Mahindra yang merosot teruk 88 peratus pada Mac lalu, syarikat itu…