MAHB fail tuntut caj tertunggak RM78 juta daripada AirAsia X

oleh SALINA JALIL|
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Pengendali lapangan terbang itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), memfailkan writ saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat penerbangan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Caj tertunggak penerbangan itu terdiri daripada caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj 'aerobridge', caj parkir pesawat, caj kaunter daftar masuk, caj pendaratan dan caj bayaran lewat," kata MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

 

Sebagai sebahagian daripada tuntutan itu, MASSB juga meminta perintah bagi hak memegang harta berterusan dan berkontraknya ke atas harta pengguna AAX di KLIA dan hanya akan dilunaskan apabila dijelaskan sepenuhnya syarikat penerbangan itu daripada jumlah keseluruhan hutang.

 

MAHB menjelaskan, harta pengguna itu termasuk mana-mana pesawat, peralatan, aksesori, kenderaan, kelengkapan dan/atau sebarang harta lain milik dan/atau di bawah kawalan AAX atau mana-mana pengendali darat yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu.

 

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pada suku ini, tumpuan utama terus diberikan kepada pengaktifan semula kumpulan pesawat…
Berita Domestik
  Selain itu, pelanggan yang terjejas oleh proses penstrukturan semula juga bakal menerima bayaran…
Informasi
  “Kumpulan mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21…