Mahasiswa Universiti Indonesia tampil dengan konsep EV, jarak gerak 413 km!

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan mahasiswa Universiti Gadjah Mada (UGM) memperlihatkan sebuah model konsep hatchback berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan GridOto, EV lima pintu diberikan nama Daruna itu dibangunkan oleh pasukan Arjuna EV UGM, dengan data spesifikasi yang menghampiri model dunia sebenar jika ia mampu direalisasikan.

Daruna EV membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,631 mm, lebar 2,035 mm, tinggi 1,426 mm dengan berat sekitar 1,500 kg.

Pek bateri terdiri daripada 15 modul sel bateri Panasonic NCR 18650GA dengan kapasiti 71.29 kWh yang membolehkan jarak gerak sejauh 413 km dicapai untuk sekali cas penuh.
 

Daruna


Ketua pasukan Arjuna EV UGM, Gusti Ngurah Bagus menjelaskan EV ini mempunyai tahap penggunaan tenaga 17.23 kWh untuk setiap 100 km.

Daruna EV menggunakan motor elektrik tunggal, sistem pacuan roda depan serta padanan transmisi kelajuan tunggal di mana pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 10 saat.

Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 150 km/j.

Daruna EV menyokong pengecasan AC 220V fasa tunggal dengan tempoh pengecasan 12 jam 15 minit, dan boleh disingkatkan kepada 3 jam 15 minit menggunakan pengecasan 480V tiga fasa.
 

UGM


Pengecasan pantas DC pula membolehkan pek bateri dicas sehingga 80 peratus mengambil masa sekitar 48 minit hingga 1 jam 8 minit.

Laman web GridOto tidak mendedahkan sama ada konsep ini bakal direalisasikan, namun ia ternyata merupakan salah satu konsep yang sangat menarik dihasilkan oleh para penuntut UGM.

Sumber: GridOto