Mahasiswa UMK mati dilanggar treler tidak berdaftar

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang mahasiswa Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut apabila kenderaan yang dipandunya melanggar sebuah treler tak berdaftar yang terlucut dari sebuah Ford Ranger.

Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, Pengkalan Chepa, Kelantan pada malam semalam jam 7.40 petang.

Mangsa, Mohammad Irfan Mustaffa, 23 dari Kampung Pengkalan Kubor, Salor meninggal dunia di lokasi.

Menurut laporan Sinar Harian, laporan polis menunjukan bahawa Ford Ranger yang membawa float kuda (treler pembawa kuda) kosong itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun yang datang dari arah Jabatan Penjara Pengkalan Chepa menghala ke Petron Chabang Tiga, juga di Pengkalan Chepa.

Ford Ranger itu cuba mengelak sebuah kenderaan yang sedang memotong Perodua Bezza yang dipandu oleh Irfan dari arah bertentangan.

Pemandu trak pikap itu membrek mengejut dan mengelak ke bahu kiri jalan kerana kenderaan yang memotong itu terlalu hampir, menyebabkan treler kosong yang ditundanya terlepas dan memasuki laluan Irfan.

Mangsa tidak sedarkan diri dan tersepit di bahagian peha sebelum dikeluarkan oleh pihak bomba.

Namun begitu, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa mengesahkan Irfan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata treler itu tidak didaftarkan dengan JPJ.

Pemandu Ford Ranger itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca laporan penuh di Sinar Harian.



 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…
Berita Domestik
  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari…
Berita Domestik
  "Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…