Maharaja Jepun baharu pilih Toyota Century sebagai kereta rasmi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

30 April ini menandakan tamatnya era Heisei di bawah pemerintahan Maharaja Akihito dan bermulanya era baharu Reiwa di bawah tampuk pemerintahan Maharaja Jepun yang seterusnya, Naruhito yang akan bermula pada 1 Mei 2019.

Sebagai seorang Mahajara Jepun yang baharu, Putera Mahkota Naruhito tentu mahukan sebuah kenderaan yang benar-benar sesuai dengan statusnya sebagai ketua tertinggi negara. 
 


Jentera Rolls-Royce Corniche kepunyaan bapanya akan diketepikan dan peranan baharu sebagai sebuah mod pengangkutan Mahajara Jepun akan diberikan kepada - tidak lain dan tidak bukan - 'Rolls-Royce Jepun', Toyota Century. 

Toyota tidak mensasarkan ramai orang untuk membeli unit super mewah ini, memandangkan mereka hanya memasang Century menggunakan tenaga tangan dan sasaran bulanan hanyalah sekitar 50 unit sahaja. 

Dua dekad tanpa sebarang perubahan, generasi baharu Toyota Century memiliki dimensi yang lebih panjang dan mengekalkan tradisi rekaan Jepun sebenar, baik di luar mahupun di dalam. 
 


Penggunaan wool moquette - bahan fabrik yang digunakan ketika zaman permulaan automobil - ditawarkan sebagai opsyen pada tempat duduk Toyota Century bagi mereka yang tidak begitu menggemarkan penggunaan bahan kulit. 

Toyota Century juga menampilkan siling fabrik dengan corak manji lattice yang melambangkan kemakmuran dan kehidupan yang abadi, manakala luaran pula terdapat ukiran emblem phoenix di dalam gril 'infinite loop' yang membawa maksud harmoni, serta kemakmuran yang berkekalan. 

Pemilihan warna juga amat spesifik apabila Toyota menawarkan empat warna ekslusif tradisi Jepun iaitu Kamui Eternal Black, Lake Mashu Shrine Blue Mica, Asuka Red Mica dan Seika Radiant Silver Metallic. 
 


Toyota Century generasi ketiga ini mengguna pakai khidmat nadi enjin V8 5.0 liter  2UR-FSE yang menghasilkan 375 kuasa kuda dan 509.7 Nm daya kilas maksimum sebelum menambah elektrik motor yang mampu menghasilkan 221 kuasa kuda dan 300 Nm kuasa tork. 

Dari segi keselamatan, Century ini dilengkapkan dengan ciri bantuan pemanduan Toyota Safety Sense yang terdiri daripada Bantuan Pengesan Titik Buta, Bantuan Parkir Kenderaan, Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Laluan, Bantuan Pengesan Simbol Jalan Raya, dan juga Bantuan Pengesan Jalan Raya . 
 


Melihatkan kepada tahap ketelitian pembinaan dan eksklusiviti yang dipamerkan, penulis yakin tiada kenderaan lain yang layak untuk digunakan sebagai kereta rasmi Maharaja Jepun di Era Reiwa yang baharu.

Sumber: Wall Street Journal 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, Maharaja Jepun sudah pasti memerlukan kenderaan baharu, memandangkan di dalam tempoh 30…