MAHA 2022 - kereta pengunjung disaman dan ditunda, MAFI ambil tindakan

oleh SALINA JALIL|
Pihak pengurusan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 diarah menghentikan semua operasi tunda kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).


Arahan itu dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan berkuat kuasa serta-merta sepanjang MAHA 2022 berlangsung di MAEPS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut MAFI, operasi tunda kereta itu dilaksanakan bagi memastikan aliran trafik dan lalu lintas berjalan lancar dan cekap serta membantu kelancaran sistem parkir dalam MAEPS.

 

Katanya, operasi itu bagi mengelak aliran trafik menjadi sesak apabila terdapat kenderaan yang menghalang pergerakan kenderaan lain, khususnya sepanjang penganjuran MAEPS.

 

Bagaimanapun, katanya, operasi itu kini dihentikan bagi membolehkan pihak media yang membuat liputan dan orang awam yang menghadiri MAHA 2022 meletakkan kenderaan di 8,500 lot parkir yang disediakan bermula hari ini.

 

"Mulai hari ini, petugas media hanya perlu menunjukkan pas media kepada petugas atau pengawal pintu masuk MAEPS untuk ke parkir yang dikhaskan di belakang Dewan A.

 

"Bagi kenderaan awam pula, mereka perlu meletakkan kenderaan di tempat disediakan.

 

"Sebanyak 5,000 lot parkir kereta di Laman Tiba 1 dan 3,500 lot parkir di Laman Tiba 2 disediakan bagi kemudahan pengunjung.

 

"Pengunjung turut dinasihatkan meletakkan kenderaan di tempat disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan menyebabkan kesesakan," kata kenyataan itu, hari ini.

 

Semalam, beberapa media melaporkan beberapa pengamal media dan pengunjung terkejut apabila dikenakan saman tanpa notis RM100 selepas membuat liputan MAHA 2022 di MAEPS, selain kenderaan mereka ditunda.

 

Tindakan itu menimbulkan persoalan berikutan pihak penganjur memaklumkan pengamal media dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan parkir itu, selain pihak yang menunda kenderaan didakwa tidak mempamerkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Mengulas lanjut, MAFI memberi jaminan akan memastikan kemudahan, keselesaan dan keselamatan pengunjung serta petugas media diberi perhatian sepanjang penganjuran MAHA 2022.

 

"Sehingga semalam, jumlah pengunjung MAHA 2022 yang direkodkan adalah seramai 404,000 orang pengunjung," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak fizikal kad, kalau tiada boleh kena saman. “…
Berita Global
  Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu  jalan  tetapi…
Berita Domestik
  Menyedari permasalahan tersebut, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengambil tindakan dengan…