Magna Steyr sumbang kepakaran bangunkan Grenadier - SUV yang diinspirasikan daripada Defender

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin terlepas pandang kisah berkenaan sebuah syarikat yang mahu membangunkan dan menghidupkan kembali legasi Defender tatkala Defender baharu sudah pun menerjah pasaran pada ketika ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ineos Automotive pada awal tahun yang lalu telah pun mengumumkan niat untuk membangunkan sebuah SUV yang diinpirasikan daripada Land Rover Defender dengan sasaran pelancaran pada tahun 2021.
 


Kini, mereka telah menemukan rakan teknikal yang akan membantu dan memastikan Grenadier - kod nama SUV 'Defender' - menjadi kenyataan, iaitu Magna Steyr. 

Sebelum ini, Magna Powertrain telah pun menandatangani perjanjian untuk membangunkan casis dan suspensi untuk SUV off-road tersebut yang akan menggunakan enjin enam silinder sebaris petrol dan diesel yang diperoleh daripada BMW Group. 
 


Grenadier ini akan dipasang di lokasi baharu yang terletak di Bridgend, South Wales, UK yang akan menjadi pejabat baharu kepada lebih 500 orang pekerja. 

Unit pertama disasarkan keluar daripada barisan produksi pada tahun 2021 dan bakal menerjah beberapa pasaran global seperti Amerika Syarikat, Eropeh, Australia, Asia dan Afrika. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima…
Berita Global
Menurut laporan, versi komersial dua tempat duduk memiliki tanda harga bermula sekitar £48,000 (…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa, Ineos Grenadier merupakan 'kembar' tidak…