Magna, LG jalin kerjasama hasil komponen EV

oleh Mohamad Hanif|
Magna International dan LG Electronics baru-baru ini mengumumkan kolaborasi untuk menghasilkan pelbagai jenis komponen penting pada kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usaha sama ini dikenali sebagai LG Magna e-Powertrain yang akan dibentuk secara rasmi pada Julai tahun hadapan, di mana 51 peratus pegangan dimiliki oleh LG dan selebihnya oleh Magna.

Syarikat baharu ini akan menghasilkan komponen seperti motor elektrik, inverter, dan sistem pengecasan yang akan digabungkan menjadi satu unit tunggal yang dinamakan sebagai sistem e-gandar (e-axle).

Menurut kedua-dua syarikat tersebut, usaha sama ini akan menggunakan kekuatan Magna di dalam penghasilan sistem trenkuasa elektrik, dibantu dengan kepakaran LG di dalam pembangunan komponen motor elektrik dan inverter.

Tambah laporan Reuters lagi, syarikat baharu ini akan berpaksi di Incheon, Korea Selatan dan bakal menggajikan lebih daripada 1,000 orang pekerja di tiga lokasi utama iaitu Korea, Amerika Syarikat dan China.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Magna International ingin menguji keberkesanan sebuah peranti pembasmi kuman yang digelar sebagai…