Magik ABT jadikan Audi RS4 Avant lebih berkuasa - wagon 530 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah memaparkan beberapa contoh modifikasi ABT terhadap beberapa model Audi, khususnya model wagon berprestasi tinggi seperti Audi A6 Avant serta model kereta peronda Audi RS4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menghilangkan kebosanan anda yang duduk di rumah, kami bawakan sebuah lagi contoh modifikasi yang dilakukan oleh ABT terhadap Audi RS4 Avant, tampak jahat berbanding kebiasaannya.

 


Sebagai permulaan, enjin asal bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar itu telah pun ditala semula dan dengan tambahan kit penyejukan cecair dan sistem ECU, wagon ini berjaya mengestrak 80 kuasa kuda tambahan.

Ini menjadikan Audi RS4 Avant ABT sebuah wagon yang berkuasa sehingga 530 kuasa kuda, dan dengan tambahan kuasa sedemikian, opsyen naiktaraf intercooler turut ditawarkan.

 


Untuk memadankan kuasa sedia ada dengan rupa yang lebih mengancam, ABT turut menawarkan spoiler belakang yang diperbuat daripada CFRP dengan kemasan berkilat, serta sistem ekzos juga diperbuat daripada gentian karbon.

Selain daripada kelengkapan yang disebutkan di atas, ABT telah menambah beberapa aksesori opsyen seperti rim bersaiz 20 dan 21 inci, spring dengan ketinggian boleh laras, bar anti-oleng, serta kemasan ventilasi pada arca roda hadapan.

 


Ruang dalaman pula tidak menampilkan perubahan  yang ketara, namun ABT tetap mendatangkan beberapa kemasan kecilan seperti butang pandu mula/berhenti baharu, pelindung tempat duduk, serta trim gentian karbon pada papan pemuka.

Setakat ini harga jualan masih belum diumumkan oleh pihak ABT.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…