Mad Mike perlihat jentera drift MADAZ 787D, enjin lima rotor pertama di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sudah biasa dengar kewujudan enjin lima silinder sebaris, tapi bagaimana pula dengan enjin lima rotor sebaris?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, enjin konfigurasi lima rotor yang pertama di dunia itu kini sudah pun direalisasikan oleh pelumba drift terkenal, Mad Mike Whiddett.

Nama MADAZ 787D tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada Mazda 787B yang memenangi perlumbaan Le Mans 24 jam pada tahun 90-an.

 


Ia berkemungkinan besar dibangun berdasarkan casis Mazda RX-7 FD, sementara penampilan luaran pula disempurnakan oleh penala terkenal Rocket Bunny.

Menurut laporan Carvibz, Mad Mike bekerjasama dengan pakar enjin rotari Pulse Performance Race Engineering (PPRE) untuk membina enjin lima rotari sebaris dengan sesaran 3,270 cc (654 cc darab lima).

 


Tiada sebarang informasi berhubung angka kuasa kuda yang bakal dihamburkan, namun berdasarkan video dari saluran YouTube rasmi Mad Mike, MADAZ 787D ini mampu menghasilkan runut bunyi yang cukup menginzalkan para peminat nadi rotari.

Buat masa ini, MADAZ 787D hanya eksklusif untuk kegunaan Mad Mike sahaja, namun yang pasti anda boleh mendapatkan model berskala kecil Hot Wheels 787D ini di kedai berdekatan.

 

sumber gambar: Stuff.co.nz