Mad Mike dedah teaser jentera Pikes Peak Mazda3 dengan enjin Wankel 4 rotor tarik belakang, 1,200 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba drift dari New Zealand, Michael Widdett (atau Mad Mike) bakal mengejutkan acara perlumbaan Pikes Peak Hill Climb yang ke-100 pada tahun depan dengan sebuah jentera Mazda3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah seperti hatchback yang biasa kita lihat di atas jalan raya, ini kerana Mad Mike merancang untuk menggantikan enjin asal kepada enjin rotari Wankel!

Enjin rotari tersebut bukanlah menggunakan tetapan tipikal rotor berkembar, sebaliknya beliau merancang untuk menggunakan enjin empat rotor yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,200 hp dengan sistem pacuan roda belakang sahaja.

 


Menerusi gambar yang dibekalkan, Mazda3 bernadikan enjin Wankel itu akan menampilkan splitter hadapan yang cukup besar, sayap yang dipasang secara terus kepada casis, spoiler berkembar di bahagian belakang, skirt sisi, serta diffuser belakang yang garang.

Untuk memastikan jentera ini melekat dengan baik, Mad Mike akan turut memasang rim dan tayar baharu, sistem suspensi yang direndahkan, serta tip ekzos yang keluar dari bahagian hud enjin.

Malah, menurut hantaran di Instagram, Mad Mike turut mengesahkan jentera ini akan dilengkapi dengan empat tempat duduk!