Mack baharu lebih ekonomi dan lebih berteknologi

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Trak-trak gergasi memang popular di negara-negara besar seperti di US dan di Australia serta Rusia.

Ini ialah kerana bentuk mukabumi mereka yang rata dan luas memungkinkan trak sebesar ini untuk bergerak di atas jalanraya.

Di Malaysia, trak Eropah yang lebih kecil adalah lebih sesuai untuk keadaan trafik tempatan. Melainkan anda seorang pengumpul yang kaya, trak seperti Mack ini tidak sesuai untuk digunakan.

mack 1

 

Baharu ini Mack melancarkan model terbaharu mereka, Anthem.

Walaupun ia tidak menggunakan teknologi secanggih hybrid atau EV, Anthem ini direka agar lebih menjimatkan berbanding trak gergasi tradisional.

Antara menarik tentang Mack Anhtem ialah:

Mack mula membuat trak sejak 117 tahun yang lampau. Ini bermakna, ia lebih tua dari kebanyakan syarikat kenderaan di dunia ini.

Rekabentuk luaran Anthem adalah lebih aerodinamik dan ujian angin dilakukan di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida. Ya, tempat ujian roket-roket.

Lampu-lampu luar semuanya dari jenis LED untuk mengurangkan beban tenaga.

mack 2

 

Penutup enjn, bamper hadapan, fairing sisi, grill dan sebagainya direka untuk lebih aerodinamik.

Bahagian kabin diubah terus bagi memastikan ia lebih selesa kepada pemandu.

Beberapa butang dan suis menggunakan label yang diukir secara ukiran laser agar ia tahan lebih lama. Ini satu idea bernas kerana lori-lori begini jarang duduk diam dan label-label sering pudar dalam masa beberapa tahun sahaja.

Skrin 7-inci untuk infotainment lengkap dengan Appky CarPlay dan sistem navigasi TomTom.

mack 4

 

Tempat rehat pemandu di belakang pula mempunyai ruang untuk menggantung TV LCD bersaiz 24-inci, peti sejuk, penyaman udara, soket 120V dan USB serta lampu-lampu LED.

Enjin 11-liter (ya, 11,000 cc) dari Mack MP7 itu menghasilkan 425 hp dan tork setinggi 2,115 Nm.

Enjin 13-liter Mack MP8 pula hanya memberikan 505 hp dan tork pada 2,522 Nm.

Transmisi pula ialah dari Mack mDRIVE 12-kelajuan automatik/manual. Gear 13 atau 14-kelajuan juga boleh ditempah.

mack 6