Macam aksi filem, pencuri berjaya larikan 4 unit Mustang Shelby GT500 dari kilang Ford!

oleh Mohamad Hanif|
Seakan filem Gone in 60 Seconds, empat buah Ford Mustang GT500 dilaporkan telah berjaya dilarikan dari kilang produksi yang terletak di Flat Rock.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Metro Detroit News, sebuah Ford Mustang Shelby GT500 telah digunakan untuk merempuh pagar keselamatan bagi memberikan ruang kepada tiga buah GT500 untuk melarikan diri.

Namun, dua unit daripada empat Mustang Shelby GT500 berjaya ditemukan semula di lebuh raya Interstate 75, kira-kira 16 km arah utara berkemungkinan kehabisan bahan api, termasuk sebuah unit yang rosak teruk digunakan untuk melanggar pagar keselamatan.

Persoalan timbul apabila laporan media tersebut turut menyebut tiada sebarang rakaman video kamera litar tertutup yang berjaya diperoleh ketika kejadian tersebut berlaku.

Pihak berkuasa kini sedang mengesan dua buah Ford Mustang Shelby GT500 berwarna Belladonna Black.

Sumber: Metro Detroit News

Berita Berkenaan

Berita Global
Kepada golongan yang tamak dan gilakan kuasa (bukan iklan pilihanraya), usah risau.   Hennessey…
Berita Global
Ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, dan boleh didapati dalam dua versi,…
Berita Global
Mustang GT500KR ini menggunakan asas daripada model Mustang Shelby GT500 yang dilengkapi dengan…