Mabuk - pemandu Toyota Harrier rempuh sekatan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Seorang pakar kecantikan yang memandu dalam keadaan mabuk merempuh sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar Plaza Tol Damansara menyebabkan peralatan SJR rosak, awal pagi tadi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kejadian jam 1.05 pagi, wanita berusia 32 tahun itu yang memandu Toyota Harrier merempuh peralatan SJR sebelum dia ditahan.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, beberapa peralatan mengalami kerosakan seperti papan tunjuk arah, lampu biru SJR dan kon warna oren.tahun itu yang memandu Toyota Harrier merempuh peralatan SJR sebelum dia ditahan.

 

"Sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya membawa wanita itu menjalani ujian pernafasan alkohol kerana dia disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

 

"Hasil ujian pernafasan melalui mesin Evidential Breath Analyzer mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada had yang ditetapkan semasa memandu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 


Nik Ezanee berkata, wanita itu yang bertugas di sebuah pusat kecantikan di Puchong kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…